DALAM dunia masakan, kayu manis antara bahan paling penting untuk dijadikan penambah rasa sekali gus hidangan lebih enak dan wangi. Kegunaan kayu manis dalam masakan sememangnya sudah sinonim bagi mereka yang suka memasak. Jadi kali ini kita keluar dari dunia masakan dengan berkongsi betapa istimewanya kayu manis dalam mengatasi beberapa masalah kesihatan. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar penyedap makanan, asam jawa berkesan kawal diabetes dan kolesterol Antara masalah kesihatan selalu mengganggu kehidupan seseorang apabila mengalami kegatalan di bahagian telinga, hidung, mata dan juga bersin yang berpunca daripada resdung. Apa kata anda cuba mengurangkan masalah resdung dengan menggunakan kayu manis. Kayu manis digunakan sebagai pengubat masalah resdung. Cara penggunaannya; 1. Pastikan kayu manis itu tidak terlalu tebal dan tidak terlalu pendek. 2. Bakar hujung kayu manis itu sehingga keluar asap. Bakar hujung kayu manis sebelum menyedutnya. 3. Bagi yang pertama kali melakukan ini, anda akan rasa tidak selesa kerana pedih di bahagian hidung. Seterusnya sedut perlahan-lahan menggunakan sebelah hidung (bergilir-gilir kiri dan kanan) dalam tempoh dua hingga tiga saat. Dalam masa sama juga, anda akan rasa bahagian telinga anda gatal-gatal seperti ada sesuatu yang bergerak-gerak. 4. Ulang dua hingga tiga kali untuk kedua-dua belah hidung anda. Sedut kayu manis dua hingga tiga saat dan ulang beberapa untuk kedua-dua belah hidung. 5. Selepas itu siram muka dengan air sejuk. Hembus hingus dan lendir di tekak selepas selesai menyedut kayu manis. 6. Ulang melakukan ini sekurang-kurangnya dua kali sehari, bergantung kepada tahap serius resdung anda.