KEBANYAKAN lelaki yang berbadan gempal lebih cenderung memilih pakaian berwarna hitam kerana kurang yakin untuk berfesyen. Tapi sebenarnya, dengan helah tertentu yang boleh dilakukan sekaligus membolehkan anda bergaya dengan pelbagai jenis pakaian. ARTIKEL BERKAITAN: Bos Levi’s dedah 10 tahun tak basuh jeans miliknya, anda bagaimana? mStar senaraikan beberapa tip untuk lelaki bertubuh besar tampil yakin bergaya; 1. Pilih saiz sesuai dengan anda Ada segelintir lelaki berbadan besar suka memakai baju yang ketat dengan harapan dapat nampak lebih kurus atau saiz lebih besar bagi menyorokkan bentuk tubuh. Ia adalah teknik salah. Sebaik-baiknya pilih saiz yang betul dan memiliki struktur bagi membentuk siluet pada tubuh anda. Baju berwarna gelap dan berjalur boleh menyembunyikan bentuk tubuh anda. 2. Jangan takut bermain dengan warna Tidak dinafikan warna gelap lebih sesuai dengan individu bertubuh besar namun itu bukanlah bererti anda tidak boleh mencuba rona lain. Sebagai permulaan apa kata pilih baju berwarna hitam yang mempunyai tulisan kerana ia boleh membantu mengalihkan pandangan mata orang yang melihat tubuh anda. 3. Berteman baik dengan tukang jahit Tidak semua pakaian yang dijual sesuai dengan orang bertubuh gempal. Kaedah yang boleh dipilih adalah menempah pakaian anda dengan tukang jahit. Bina hubungan baik dengan tukang jahit yang faham dengan struktur tubuh anda sekaligus dapat menjahit baju idaman anda. Seluar potongan 'carrot' sangat sesuai dengan orang berbadan besar. 4. Pakaian berlapis Teknik layering atau berlapis sangat sesuai dengan individu bertubuh besar dalam melindungi bahagian tertentu seperti dada dan perut buncit. Daripada hanya memakai baju T kosong, apa kata padankan dengan jaket atau kemeja oversize bagi memberi siluet lebih baik pada tubuh anda. 5. Elak seluar potongan skinny Begitu juga pemilihan seluar, sebaik-baiknya jangan memakai seluar gaya potongan skinny sebaliknya pilih carrot cut bagi memberi ruang kepada paha anda.