suria

Bibir hitam atau kusam, apa kata cuba tip paling mudah ini

Beberapa petua untuk menghilangkan warna kusam dibahagian bibir.

TIDAK dinafikan bibir antara penarik utama pada wajah seseorang itu sama ada ketika tersenyum mahupun bercakap.

Malah warna bibir juga memainkan peranan kerana ia menggambarkan keadaan diri anda.

Bagi yang kurang sihat atau berada dalam keadaan terkejut, bibir anda akan bertukar menjadi pucat berbanding biasa.

Tetapi bagaimana pula jika bibir anda bertukar menjadi hitam gara-gara merokok, malahan ada sesetengah orang bibir mereka berubah menjadi warna seakan-akan ungu dan coklat.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami masalah kulit dan rambut, apa kata cuba tip berasaskan minyak sapi ini

Namun ada juga bibir menjadi gelap kerana penggunaan beberapa produk yang sensitif terhadap kulit anda seperti ubat gigi atau gincu yang menyebabkan hiperpigmentasi.

Merokok antara salah satu faktor menyebabkan bibir bertukar warna.

Tetapi jangan risau kerana masalah bibir gelap anda yang disebabkan beberapa faktor itu boleh dikurangkan.

Antaranya cara terbaik mencerahkan kembali bibir anda adalah seperti berikut;

1. Jus lemon

Gosok jus lemon dibibir setiap malam sebelum tidur.

Jus lemon mempunyai keupyaan untuk mencerahkan kulit. Gosok beberapa titik jus yang segar di bibir anda sebelum tidur pada setiap malam. Kemudian cuci dengan air bersih sebaik sahaja anda bangun keesokkan harinya. Jika ingin kesan yang lebih baik, anda juga boleh campurkan jus lemon itu bersama madu.

2. Buah delima

Biji buah delima juga digunakan sebagai petua mencerahkan kulit bibir.

Seperti sedia maklum, buah delima mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Ia juga mempu mengembalikan warna asal di bahagian bibir anda. Hancurkan biji delima itu dan kemudian campur dengan sedikit susu, jadikan seperti pes. Kemudian gosok pes itu di bahagian bibir antara dua hingga tiga minit.

3. Ubi kentang

Ubi kentang mempunyai katekolase iaitu enzim semula jadi yang terkenal untuk mengurangkan bahagian gelap pada kulit dan juga parut. Gosok sepotong ubi kentang di bahagian bibir sebelum tidur. Dan kemudian gunakan air suam untuk mencuci bibir anda sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Tips, bibir hitam, perokok

Artikel Lain