suria

Hilangkan mengantuk, serikan wajah... Wah rupa-rupanya banyak manfaat mandi awal pagi!

Mandi pada waktu subuh mempunyai pelbagai manfaat.

UMUMNYA mandi disifatkan sebagai aktiviti membersihkan kotoran pada badan bagi memastikan kita sentiasa dalam keadaan segar dan bersih untuk melakukan aktiviti seharian.

Biasanya, kebanyakan daripada kita mandi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Tapi berapa ramai daripada kita yang mandi sebelum masuknya waktu subuh?

Dalam Islam sendiri, bangun awal pagi dituntut agama dan kita sebagai hamba-Nya perlu melawan segala godaan syaitan untuk menunaikan kewajipan kepada Allah. Mereka yang berjaya berbuat demikian juga layak digelar sebagai 'pejuang subuh'.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi alasan busuk, ketahui 5 tip elak badan berbau

Sebenarnya, bangun awal pagi bukan sahaja untuk memudahkan segala urusan kerja dan rutin harian kita, malah ia dituntut dalam agama Islam.

Kajian secara saintifik sendiri menyenaraikan pelbagai manfaat mandi pada awal pagi, antaranya;

Mandi awal pagi boleh menghilangkan rasa mengantuk. 

1. Menghilangkan rasa mengantuk

Terbukti mandi subuh dapat menghilangkan rasa mengantuk selepas bangun tidur. Bahkan ramai mengatakan mandi pada awal pagi membuatkan mereka tidak lagi perlu minum kopi atau teh sebagai penyegar sebelum memulakan aktiviti harian.

Apabila rasa mengantuk hilang, secara automatik semangat dan fokus anda akan meningkat.

2. Menjadikan wajah lebih bersih, segar

Mandi subuh akan membersihkan peluh yang keluar ketika anda tidur, termasuk pada wajah. Ia sekaligus dapat menaikkan seri muka dan tampak lebih segar.

Mandi pada awal pagi menjadikan mood anda lebih baik. 

3. Mencegah pelbagai penyakit

Mandi secara umumnya dapat mencegah diri kita daripada jangkitan atau penyakit terutamanya berkaitan kebersihan tubuh seperti gatal-gatal dan masalah berkaitan kulit.

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti psoriasis dan ekzima, mandi pada waktu subuh antara penawarnya!

4. Memperbaiki mood

Jika rajin, campurkan air kolah anda dengan minyak terapi sewaktu mandi untuk menghilangkan tekanan dan memperbaiki mood anda pada hari itu.

Mandi pada waktu subuh juga sangat bermanfaat buat kaum wanita yang mengalami hormon tidak seimbang akibat datang bulan.

Mandi, Subuh, Produktiviti

Artikel Lain