TAHUKAH anda peranan berus gigi bukan sahaja untuk membersihkan gigi, sebaliknya boleh digunakan untuk memberus bibir. Ia mungkin akan terasa sakit jika anda memberus terlalu kuat kerana struktur bibir yang lembut boleh menyebabkan ianya merekah jika terlalu kerap berbuat demikian. Namun, perbuatan ini boleh memberi manfaat kepada anda jika menggunakan teknik yang betul. ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan produk mahal... air beras penyelamat wajah anda Cara-caranya; 1. Basahkan bibir menggunakan air suam. 2. Sapukan krim semulajadi (soda penaik, hampas kopi atau sedikit ubat gigi) di sekitar bibir 3. Gosok perlahan-lahan menggunakan berus gigi (lembut) 4. Basuh dengan air suam dan selepas itu sapukan krim pelembap seperti minyak kelapa atau minyak zaitun. 5. Lakukannya sekali seminggu - Jika bibir anda agak merekah, ketepikan berus gigi dan gosok menggunakan jari. 6. Jika bibir anda terdapat luka atau terlalu kering elakkan menggunakan krim semula jadi itu, sebaliknya gunakan mentega, jeli petroleum, jus lemon atau minyak kelapa.