APA yang kita lihat di wajah seseorang biasanya akan menggambarkan perasaan sebenar situasinya di saat itu. Namun kajian membuktikan bahawa penunjuk wajah (emosi) itu sebenarnya adalah isyarat yang lemah untuk menggambarkan perasaan sebenar. Sekumpulan saintis telah menjalankan analisa mendapati pergerakan otot di wajah mempunyai hubungan yang spesifik dengan perasaan dan ianya dinilai menerusi emosi sebenar seseorang itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan produk mahal... air beras penyelamat wajah anda Mereka mendedahkan bahawa mengenal pasti emosi berdasarkan ekspresi wajah yang selalu dipraktikkan adalah salah. Wajah tersenyum bukan mengambarkan seseorang itu dalam keadaan gembira. Gambar hiasan. Profesor Aleix Martinez, dari Ohio State University berkata: "Jawapan yang selalu di tanya 'Bolehkan kita mengenal pasti emosi seseorang itu daripada raut wajah yang dilahirkan?' "Dan jawapannya adalah tidak. Anda tidak boleh." Tidak semua orang yang tersenyum itu berada dalam keadaan gembira. Tidak semua yang gembira itu tersenyum. Jika anda gembira sepanjang hari, anda tidak akan berjalan-jalan dengan mengukit senyuman di wajah. Anda hanya rasa gembira." Jelas Martinez, ada sesetengah orang dapat mengenal pasti seseorang itu bersalah atau melakukan jenayah, pelajar memberi tumpuan di kelas serta pelanggan berpuas hati dengan barang yang dibeli. "Apa yang kajian kami dapati dakwaan itu adalah karut. Tidak ada langkah yang boleh anda tentukan perasaan seseorang. Dan lebih teruk, ia boleh memberi situasi buruk," ujarnya.