MEMILIKI rambut panjang mengurai dan sihat menjadi impian kebanyakan gadis.
Namun bukan semua orang bertuah mempunyai rambut panjang yang sihat tanpa sebarang kerosakan.
Tekstur dan jenis rambut juga berbeza-beza sama ada jenis kering, berminyak atau pun normal.
ARTIKEL BERKAITAN: Malu nak angkat tangan? Ini 4 cara senaman hilangkan lemak ‘goyang’ di lengan
Tahukah anda bahawa pemakanan antara penyumbang utama untuk mempercepatkan rambut menjadi panjang.
Menurut America Academy of Dermatology, setiap orang akan kehilangan 50 hingga 100 helai rambut sehari.
Kenali sumber makanan yang boleh percepatkan pertumbuhan rambut anda.
Telur
Telur mempunyai biotin yang membantu pertumbuhan rambut. Malah telur juga mempunyai kandungan vitamin D dan mineral.
Minyak ikan
Kajian pada 2018 Mackerel-Derived Fermented Fish Oil Promotes Hair Growth by Anagen-Stimulating Pathways’ mendapati minyak ikan mempunyai asid docosahexaenoic, omega- fatty acid yang boleh percepatkan pertumbuhan rambut dan meningkatkan sesetengah aktiviti protein dalam badan.
Manakala bagi mereka yang mengamalkan diet vegan (sayuran) boleh mendapat dos omega-3 dari walnut, biji flak, biji chia dan minyak soya.
Minyak zaitun
Minyak zaitun mempunyai khasiat dan nutrisi sendiri. Ia juga boleh melembutkan rambut yang sering kusam dan mengekalkan hitam secara semula jadi.
Teh hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat melancarkan aliran darah pada kulit dan membantu pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.