suria

Anda tidak gembira bekerja di rumah? Cuba tip mudah ini elak stres dan makan

Makan bukan jalan terbaik untuk anda hilangkan stres.

ADA sesetengah orang berasa tidak selesa bekerja di rumah, namun terpaksa akur dengan arahah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluakan sejak 18 Mac lalu berikutan penularan wabak Covid-19.

Bagi mereka yang bercuti dalam tempoh ini, pelbagai aktiviti dilakukan di rumah seperti mengemas rumah, memasak, senaman dan banyak lagi.

Sebaliknya, tempoh PKP ini akan turut menyebabkan stres kepada mereka yang bekerja di rumah dan lebih memburukkan keadaan apabila memilih makan sebagai jalan penyelesaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan biarkan diri anda kusam bekerja di rumah, cuba 5 langkah ini!

Tahukah anda tabiat itu boleh menimbulkan emosi negatif kepada diri.

Menurut Pakar Psikiatri Hospital Hiranandani, Dr Kedar Tilwe: “Berada dalam stres dan makan merupakan tindakan mengilangkan kebimbangan atau apa sahaja emosi serta fikiran negatif.

Ruang kerja di rumah penting untuk memberi aura positif kepada anda.

“Ia berlaku apabila anda tidak berfikir apa yang dimakan atau jumlah makanan yang diambil. Anda hanya makan walaupun tidak lapar.

“Jika corak ini diteruskan tanpa had, ia boleh mengundang kepada potensi untuk mendapat gangguan pemakanan.”

Tip elak stres dan makan sepanjang bekerja di rumah:

1.  Kenal pasti sudut tempat anda bekerja dan jangan membawa sebarang makanan di situ.

2.  Disiplinkan diri ketika tempoh bekerja (contoh, waktu rehat, solat dan makan)

3.  Tetapkan waktu makan anda dan makan makanan yang sihat atau seimbang.

4.  Elakkan ketika makan sambil bermain telefon bimbit atau menonton televisyen.

5. Anda boleh mengambil makanan ringan hanya sekali sekali sahaja. 

6. Bagi elakkan stres, selalulah berfikiran positif!

Stres, Makan, Kerja Rumah, Tip

Artikel Lain