suria

Jangan biarkan diri anda kusam bekerja di rumah, cuba 5 langkah ini!

Anda boleh mula manjakan diri anda berada di rumah sepanjang tempoh Sekatan Kawalan Pergerakan selama dua minggu ini.

MENGHADKAN aktiviti di luar rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 bukan sebab mengapa anda tidak perlu menjaga penampilan.

Ini kerana, kebanyakan organisasi mengarahkan sebahagian pekerjanya melakukan tugas dari rumah serta hadkan pergerakan keluar rumah.

Bagi mengisi masa terluang ini, apa kata anda mula memanjakan diri sendiri dari hujung rambut ke hujung kaki.

ARTIKEL BERKAITAN:  Tak perlu segan muka boleh ‘goreng ikan’... apa kata ikut tip mudah atasi kulit muka berminyak

Jika sebelum ini mungkin tidak ada masa untuk menguruskan lebih teliti bahagian wajah sendiri, jadi apa kata anda cuba beberapa perkara untuk mengembalikan keceriaan penampilan.

1.Bangun awal

Jangan jadikan situasi sekatan pergerakan ini untuk anda bangun hingga lewat tengah hari. Bangun awal, bersihkan diri supaya wajah anda sentiasa kelihatan segar dan bersih.

2.Rawatan kuku

Inilah masanya untuk membersihkan kuku tangan dan rawatan kaki dengan merendam kaki menggunakan air garam bagi membuang semua kotoran yang sebelum ini tidak berpeluang berbuat demikian.

Masa untuk segarkan kembali mata lebam anda.

3.Rawatan mata lebam

Stres dengan rutin kerja harian, apa kata anda tenangkan diri dengan meletak kepingan timun yang sudah disejukkan di kedua-dua belah mata selama 15-20 minit. Pastinya selepas itu mata anda akan lebih terasa segar kembali.

4.Bersihkan muka berjerawat

Inilah masanya untuk anda ‘menilik’ kembali wajah kusam dan tidak bermaya itu. Apa kata anda sapukan wajah itu menggunakan menggunakan oat yang dicampur dengan air suam dan sebiji telur putih. Biarkan 10-15 mini dan bilas dengan air. 

5.Senaman ringan

Jangan lupa untuk lakukan regangan atau senaman ringan walaupun hanya untuk 15 minit. Berada di rumah bukan hanya makan dan tidur, sebaliknya banyak lagi benda berfaedah yang boleh anda buat.

Stay home, stay safe!

Artikel Lain