BAGI yang mementingkan bentuk badan yang 'fit', tidak dinafikan antara bahagian badan yang paling sukar dibentuk adalah lengan.
Biarpun sudah melakukan pelbagai diet, malah sudah mendapat berat badan yang diingini, tetapi masih ada lagi satu 'part' yang membuatkan anda jadi geram.
Ya, anda geram kerana keadaan lengan yang lembik seperti bergoyang-goyang setiap kali anda melambai-lambai tangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu segan muka boleh ‘goreng ikan’... apa kata ikut tip mudah atasi kulit muka berminyak
Jangan risau, jika anda konsisten dengan tip di bawah ini, masalah 'geram' itu akan hilang, malah lengan lebih kelihatan pejal.
Boxing
Boxing melatih tubuh bahagian atas sekali gus membantu menegangkan lengan anda. Ini kerana boxing banyak menggunakan pergerakan tangan dan lengan. Oleh itu, ia boleh membantu untuk membakar lemak di bahagian tersebut.
Berenang
Berenang sebenarnya adalah senaman yang memerlukan keseluruhan badan untuk melakukan pergerakan. Jadi, berenang adalah salah satu cara mengecilkan lengan, menghilangkan lemak dan menurunkan berat badan yang paling terbaik.
Pull Up
Senaman ringan yang seterusnya yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan pull up. Mulakan berlatih dengan kuantiti yang sedikit dulu dan ditingkatkan untuk sesi latihan seterusnya.
Dumbbell
Gunakan dumbbell mengikut kesesuaian berat yang diingini. Tidak perlu ke gim kerana aktiviti ini boleh dilakukan di rumah di kala anda sedang menonton televisyen. Tiga kali seminggu dan berterusan boleh bantu anda mendapatkan lengan yang fit dan mantap. Tetapi, perlu konsisten!.