SERINGKALI rakan-rakan kita mengomel kulit muka berminyak macam boleh 'goreng ikan'. Tahukah anda, sebenarnya minyak dihasilkan oleh tubuh kita dengan tujuan untuk menjaga kulit supaya sihat. Bagaimanapun, terlalu banyak minyak boleh menyebabkan beberapa masalah kulit seperti jeragat dan jerawat. Mujurlah, terdapat penyelesaian untuk kulit berminyak. ARTIKEL BERKAITAN: Kusam dan tak bermaya? Cuba 5 langkah penjagaan kulit wajah ini Berikut adalah mengenai pencuci muka untuk kulit berminyak dan aspek penjagaannya yang perlu anda ketahui. 1. Cuci muka Cuci muka anda dua kali sehari pada waktu pagi dan sebelum tidur. Membasuh muka anda terlalu kerap boleh membuatkan kulit menjadi kering menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan. Cucian tambahan hanya diperlukan jika anda baru sahaja berpeluh. Sekiranya anda menyedari mempunyai minyak yang berlebihan di antara kedua-dua waktu cucian muka, gunakan pad perubatan atau kertas menyerap minyak untuk membersih wajah anda. 2. Jangan guna sabun Gunakan pencuci muka untuk kulit berminyak, namun kesilapan biasa adalah kebanyakan orang cenderung untuk menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka. Sabun adalah terlalu kasar dan kering untuk kulit anda kerana ia mempunyai tahap pH yang rendah yang akan merengsakan kulit. Anda perlu menggunakan pembersih yang lembut dan cuci perlahan-lahan. Pilih pencuci muka lembut terlebih dahulu. Sekiranya anda lebih menyukai pencuci yang lebih kuat, cari yang dirumus khas untuk kulit berminyak. Pencuci muka untuk kulit berminyak mungkin mengandungi benzoyl peroksida, asid salisilik, asid glikolat atau asid beta hidroksi dalam bahan-bahannya. Bahan ini adalah baik untuk bukan sahaja kulit berminyak tetapi juga kulit berjerawat. 3. Jangan gosok muka Apabila mencuci wajah dengan menggunakan pencuci muka untuk kulit berminyak, jangan gosok wajah anda dengan berlebihan. Tindakan ini boleh merangsang kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak. Ketika membasuh, cuba untuk tidak terlalu kasar dengan kulit anda. Bukannya dengan menekan dan menggosok kulit anda, tetapi anda perlu gunakan hujung jari anda perlahan-lahan ke sekitar wajah anda. 4. Guna toner Gunakan toner dengan cara yang betul, hanya di kawasan berminyak pada wajah anda. Untuk kawasan lain, toner boleh menjadikannya kering, jadi anda harus lebih berhati-hati. Kulit muka amat sensitif dan ia perlu dijaga menggunakan produk yang sesuai. 5. Pilih pelembap sesuai Ramai individu yang salah faham bahawa kulit berminyak tidak perlu dilembapkan. Kenyataan ini adalah tidak benar kerana yang pasti jika kulit berminyak dilembapkan, pengeluaran minyak boleh dikurangkan. Pastikan anda memilih produk yang sesuai. Jika kulit anda berminyak, pelembap berasaskan air atau pelembap bebas minyak tidak akan menyekat liang, dan boleh digunakan oleh orang yang mempunyai jerawat atau kulit berminyak. Selain itu, elakkan juga krim berat. Masa terbaik untuk menyapu pelembap adalah selepas mencuci muka anda dengan menggunakan pencuci muka untuk kulit berminyak. Pada masa itu liang pori anda masih dibuka, sekali gus pelembap akan meresap jauh ke dalam kulit anda. Sapuan ketika kulit masih lembap selepas membilas juga berkesan untuk mengelakkan kelembapan secara berlebihan. Lelaki juga perlu mengambil berat mengenai penjagaan wajah sendiri. 6. Cahaya matahari Melindungi kulit daripada pancaran matahari dengan menggunakan pelindung berasingan adalah lebih baik. Perlindungan matahari adalah sangat penting untuk mencegah penyakit kulit seperti kanser kulit. Cari pelindung matahari yang berfungsi terhadap kedua-dua sinaran UVA dan UVB dengan SPF sekurang-kurangnya 30.