suria

Apa makna tersirat 3 rona asas dari segi psikologi? Jom ambil tahu!

Warna memainkan peranan penting dalam psikologi manusia.

SETIAP orang mempunyai minat yang berbez-beza dari segi pemilihan warna.

Ada orang suka kereta warna merah, ada suka rumah dicat biru, malah ada juga lebih gemar menunggang motosikal ronanya kuning.

Setiap warna yang dipilih itu mempunyai alasan tersendiri, malah mungkin juga kerana 'minat' dengan warna itu tanpa ada sebarang sebab.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda seorang yang positif, tenang atau berkuasa? Kenali personaliti menerusi 7 pilihan warna baju

Sebenarnya warna boleh ditafsirkan pelbagai makna. Dari segi psikologi manusia, setiap warna mempunyai maksud yang tersirat.

Apa kata kali ini kita kenali tiga makna warna-warna asas yang diperkenalkan kepada semua sejak kecil lagi.

Warna merah memberi kesan kehangatan, kebahagiaan serta keberanian.

Merah: Merah adalah warna api, sinaran matahari dan darah. Warna ini memberi kesan kehangatan, kebahagiaan, keberanian, semangat, kekuatan, keghairahan dan juga merupakan tanda peringatan. Dalam psikologi, warna merah merupakan simbol dari tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan.

Dominasi warna merah mampu merangsang indera seperti meningkatkan nafsu makan dan ghairah seksual.

Negatifnya warna merah dicanangkan dengan kekerasan dan kecemasan. Pengemar warna merah juga dikatakan seorang yang pendendam, tamak dan mudah tersinggung. Untuk menjaga keseimbangannya warna merah baik jika dipadukan dengan rona biru muda.

Biru: Biru adalah warna langit dan laut. Ia memberikan gambaran yang luas pada ruang, warna yang damai, sejuk dan dapat menenangkan fikiran. Umumnya biru memberi kesan menenangkan dan dipercayai warna biru mampu mengatasi insomnia, tekanan darah tinggi dan migrain.

Warna biru juga dikataka warna korporat kerana memberi kesan profesional dan kepercayaan. Selain itu, biru juga dikatakan dapat merangsang individu berkomunikasi.

Berdasarkan cara pandang ilmu psikologi, warna biru tua mampu merangsang pemikiran yang positif dan biru muda dapat membantu menenangkan fikiran disamping meningkatkan konsentrasi.

Kuning dikaitkan dengan kegembiraan.

Kuning: Memberi kesan kegembiraan, ketenangan dan keceriaan. Memberi erti kehangatan dan rasa bahagia, seolah-olah ingin menimbulkan hasrat untuk bermain. Dengan kata lain warna ini juga mengandung makna optimis, semangat dan ceria. 

Dari sisi psikologi, warna kuning dapat merangsang aktiviti fikiran dan mental. Rona ini sangat baik digunakan untuk membantu penalaran secara logik dan analisa sehingga individu yang menyukai warna kuning cenderung lebih bijaksana dan cerdas dari sisi akademik, mereka lebih kreatif dan pandai menciptakan idea yang original. - KKM

Warna asas, Psikologi, biru, merah, kuning

Artikel Lain