suria

Pulihkan wajah kusam ‘berkurung’ hanya dengan 2 barang di dapur

Gandingan kunyit dan tomato boleh membantu dalam rawatan kecantikan wajah.

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rata-rata anda berada di rumah tanpa pakaian rasmi bekerja atau dalam kata lain pakai ‘baju rumah’ sahaja.

Malah bukan itu sahaja, bagi golongan wanita, tiada lagi rutin mekap seperti mana sebelum ini memandangkan sepenuh masa berada di rumah.

Bagi mereka yang sudah biasa memakai mekap, pastinya anda akan rasa janggal apabila melihat muka yang agak kusam atau tidak ceria.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak rambut cepat panjang dan sihat? Tiga makanan ini mampu realisasikan impian wanita

Jangan stres dengan wajah kusam itu memandangkan ada petua terbaik untuk membantu mengembalikan keceriaan wajah sendiri.

Dengan tip mudah yang dikongsi oleh pemilik BeauSpa, Noredawati Zulkifli ini, pastinya wajah anda akan kembali tegang dan ceria.

Noredawati berkongsi tip mudah untuk wajah kelihatan lebih ceria dan tegang.

“Gunakan sahaja bahan-bahan yang ada di dapur anda memandangkan ianya banyak khasiat dan kelebihannya.

“Lebih penting, selain manfaat luar biasa, ia juga dapat menjimatkan wang daripada membeli produk-produk kecantikan lain.”

Bahan-bahan: Tomato dan kunyit

Cara-cara penyediaan: Tomato dilenyek, manakala kunyit ditumbuk. Selepas itu gaulkan bersama dan letakkannya di dalam ‘ice cube’ dan sejuk beku untuk tempoh empat hingga 5 jam.

Cara penggunaannya: Selepas gabungan tomato dan kunyit itu sudah menjadi beku, ambil kiub itu dan sapukan pada wajah anda setiap pagi dan jadikannya sebagai rutin.

Pastikan muka anda dibersihkan terlebih dahulu.

Dengan pengulangan yang kerap, kulit muka anda akan berubah menjadi lebih tegang, menghilangkan parut dan lebih mantap boleh mengembalikan keceriaan pada wajah anda.

Selamat mencuba!

Tomato, Kunyit, Tegang Muka, Kiub

Artikel Lain