suria

Ramai anggap kelakar, realitinya syarikat Jepun memang hasilkan mask guna coli!

Sebuah syarikat di Jepun menggunakan coli untuk menghasilkan penutup wajah.

SEBELUM ini ada yang secara bergurau menjadikan coli sebagai penutup muka sehingga ia tular di media sosial.

Meskipun ia dianggap lucu oleh sesetengah pihak tetapi penggunaan bra sebagai penutup muka bukanlah idea yang teruk sebaliknya ia kreatif!

ARTIKEL BERKAITAN: Terlajak unik! Karya beg tangan tulang manusia bawa padah buat pereka fesyen Indonesia

Atas sebab itu, penutup wajah bra ini benar-benar dihasilkan oleh sebuah syarikat di Jepun yang mengkhususkan pembuatan pakaian.

Tapi bukanlah mereka membuat penutup wajah seperti coli tetapi menggunakan materialnya sebagai bahan membuat face mask.



Penutup wajah sangat penting ketika ini bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Lapisan kain daripada bra digunakan apabila mendapati ia adalah bahan sama digunakan untuk membuat penutup wajah.

"Penggunaan material ini diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan lebih luas kerana ketika ini penutup wajah cukup terhad," kata Pengurus Penjualannya, Hiroshi Hinata.

Atsumi Fashion merancang untuk menghasilkan 100,000 penutup wajah untuk diedarkan kepada golongan memerlukan termasuk petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa Covid-19

Covid-19, Bra, Coli, Penutup Wajah

Artikel Lain