suria

Tip buat frontliners! Minum air 8 gelas air sehari, buah-buahan elak dehidrasi sepanjang Ramadan

Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi mengelak mengalami dehidrasi ketika bertugas sepanjang Ramadan.

BERPANAS, berhujan, bukanlah alasan mereka untuk menghentikan tanggungjawab keselamatan negara ini, tambahan pula bulan Ramadan sudah kunjung tiba.

Petugas keselamatan beragama Islam yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sepanjang bulan Ramadan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi mengelak dehidrasi.

Pegawai Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Wan Rimei Salha Wan Abdul Rani, berkata ia boleh dilakukan pada waktu malam selepas waktu berbuka puasa dan sebelum bersahur.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulihkan wajah kusam ‘berkurung’ hanya dengan 2 barang di dapur

"Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi mengelak mereka mengalami dehidrasi ketika bertugas sepanjang Ramadan terutama di tempat-tempat yang mengalami cuaca panas ketika ini.

"Selain itu, mereka juga perlu mengambil dua hidangan buah-buahan pada setiap hari agar keperluan vitamin dan mineral mencukupi dalam badan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata antara simptom dehidrasi termasuklah berasa letih berpanjangan ketika bertugas.

Petugas-petugas keselamatan mengalas perut membuka puasa dengan buah kurma dan air mineral.

"Bagi mengelak dehidrasi yang teruk, petugas keselamatan boleh berehat seketika dan bergilir dengan rakan setugas yang lain.

"Namun jika simptom berlarutan mereka perlu merujuk kepada petugas kesihatan bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku," katanya.

Sementara itu, menurut doctoroncall menyifatkan air adalah elemen yang penting dalam tubuh badan, dan memastikan badan sentiasa cukup air adalah perlu untuk membolehkan tubuh badan berfungsi dengan baik. 75% daripada berat badan terdiri daripada air.

Kebanyakan daripada kuantiti air berada di dalam sel-sel badan (ruang intrasel). Selebihnya terdapat di ruang ekstra selular, yang terdiri daripada saluran darah (ruang intravaskular) dan ruang antara sel (ruang interstisial).



Air merupakan elemen penting dalam tubuh manusia.

Manakala peluh yang dikeluarkan sepanjaang bertugas boleh menyebabkan kehilangan banyak air dalam bentuk peluh ketika badan kita cuba untuk menyejukkan diri.

Sama ada suhu badan meningkat kerana bekerja atau bersenam dalam persekitaran yang panas atau kerana demam disebabkan oleh jangkitan; badan kita cuba untuk menggunakan air dalam bentuk peluh untuk menyejukkan diri.

Bergantung kepada keadaan cuaca, berjalan dengan cepat boleh menghasilkan sehingga 16 auns peluh (satu paun air) sejam untuk membolehkan penyejukan badan itu berlaku, dan air itu perlu digantikan oleh mekanisme haus yang memberi isyarat terhadap seseorang itu untuk minum air dengan banyak.

Dehidrasi, Ramadan, Petugas SJR, Air, Kosong

Artikel Lain