suria

Jakel tawar diskaun sempena 10 hari terakhir Ramadan... tak dapat balik beraya, masih boleh tampil bergaya!

Tiga duta kempen Jakel Barulah Raya 2020, Syuk, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad bersama koleksi baju Melayu masing-masing.

AIDILFITRI kali ini mungkin berbeza kerana kita tidak dapat pulang ke kampung halaman seperti tahun-tahun sebelumnya bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Tapi itu bukanlah alasan untuk tidak tampil bergaya di pagi Syawal meskipun tidak dapat berhari raya bersama keluarga tersayang di kampung halaman.

Bagi menggalakkan pelanggan bergaya sakan pada Aidilfitri ini dan pada masa sama meringankan beban pengguna, Jakel mengambil inisiatif untuk memberi potongan harga istimewa koleksi baju Melayu serendah RM89 sepasang sempena 10 hari terkahir Ramadan menerusi kempen Jakel Barulah Raya 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri gaya Covid-19, pereka fesyen tampil dengan topeng sedondon baju raya... fesyen oversize nampak selesa!

Jakel amat peka tentang situasi semasa dan prihatin dengan keadaan pelanggan yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) ketika ini dan menawarkan harga mampu milik kepada pelanggan.

Tidak hanya tertumpu kepada baju Melayu, Jakel turut menampilkan koleksi kurta dengan pelbagai potongan dan rekaan disediakan bagi membolehkan pelanggan membuat pilihan bersesuaian dengan cita rasa mereka.



Selain Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Syuk, Jakel turut menampilkan koleksi daripada selebriti Hairul Azreen dan Awal Ashaari.

Koleksi tahun 2020 ini turut dimeriahkan lagi dengan koleksi ‘Plus Size’ yang menampilkan pelawak dan pengacara, Shuk Sahar sebagai duta terbaharu.

Koleksi ‘Plus Size’ ini bermula dari saiz XL sehingga 5XL dan harga sepasang baju Melayu ‘Plus Size’ ini hanyalah RM189 sepasang serta percuma butang baju Melayu dan sampin.

Sesungguhnya Jakel tidak pernah melupakan pelanggan pelanggan yang memerlukan baju bersaiz besar.

Pada masa yang sama koleksi koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Hairul Azreen tetap dijual seperti biasa dengan pakej sepasang percuma butang baju Melayu dan sampin dengan harga RM149 sahaja.

“Walaupun kita beraya di rumah sahaja nanti, tradisi berbaju baharu harus diteruskan seperti biasa, ini juga merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Islam.



Jakel turut tampil dengan koleksi sedondon pada Syawal kali ini.

“Untuk 10 hari terakhir Ramadhan ini juga, para pelanggan yang hadir ke Jakel akan turut mendapat mendapat diskaun tambahan, sebagai penghargaan kami terhadap pelanggan yang terus kekal setia bersama Jakel walaupun dalam tempoh PKP ini," kata Pengarah Pemasaran Jakel, Azlan Abu Bakar.

Jakel baharu sahaja kembali beroperasi pada 4 Mei lalu selepas hampir sebulan tidak beroperasi berikutan PKP yang dilaksanakan kerajaan.

Sementara itu, koleksi tahun ini turut tidak meninggalkan kaum wanita apabila Jakel menyediakan pelbagai koleksi sedondon untuk keluarga dengan harga berpatutan di pagi lebaran.

Mengenai kegusaran orang ramai tentang risiko Covid-19, para pelanggan yang datang ke Jakel harus bekerjasama untuk patuh dengan SOP yang telah disediakan oleh Jakel dan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN).

Para pelanggan atau kakitangan yang tidak memenuhi kriteria SOP yang telah ditetapkan ini, tidak akan dibenarkan memasuki premis. Ini bagi menjaga keselamatan para pelanggan dan pekerja Jakel pada setiap masa.



Pembelian juga boleh dibuat menerusi dalam talian.

“Jakel sentiasa patuh pada SOP antaranya seperti pemeriksaan suhu badan, penggunaan topeng muka, penjarakkan sosial dan penggunaan hand sanitizer untuk pelanggan yang memasuki premis”, ujar Azlan lagi.

Dengan pematuhan terhadap SOP yang ketat ini, adalah diharapkan pelanggan sentiasa merasa selamat dan tenang sewaktu membeli belah dan pihak Jakel sentiasa mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan Jakel.

Selain daripada pembelian di cawangan Jakel, para pelanggan boleh juga membuat pembelian melalui laman web di www.jakelstore.my atau melalui Instagram @jakelcatalogue di mana para pelanggan boleh membuat pembelian melalui ‘Personal Shoppers’ di aplikasi WhatsApp.

Penghantaran adalah melalui perkhidmatan penghantaran yang dijamin selamat sampai ke pintu rumah pelanggan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Jakel, Baju Melayu, Kurta, Aidilfitri, Covid-19

Artikel Lain