suria

Raikan Aidilfitri dengan penuh bergaya, Pandora tawar promosi Beli 3 Percuma 1

Serikan gaya anda dengan koleksi terbaharu Pandora.

SETIAP kali tibanya Syawal, tak lengkap rasanya busana yang digayakan tanpa ada aksesori baharu terutamanya buat golongan wanita!

Apa kata sempena hari raya kali ini, hadiahkan diri anda dengan charm menarik kemasan tangan berwarna emas berbentuk pelita dan bulat sabit yang direka khas daripada jenama terkenal Pandora.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri gaya Covid-19, pereka fesyen tampil dengan topeng sedondon baju raya... fesyen oversize nampak selesa!

Charm ini bukan sahaja sesuai digayakan dengan gelang tangan Pandora Moments tetapi juga boleh dijadikan sebagai loket rantai anda.



Pelbagai jenis Charm untuk anda pilih.

Tidak cukup dengan itu, Pandora turut tampil dengan pelbagai aksesori perak, Pandora Rose dan Pandora Shine.

Seperti Pandora Rose dan Pandora Shine ia direka untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk mengumpul, menonjol dan memperagakan gaya individu mereka.

Pelbagai jenis aksesori menawan seperti cincin, subang, rantai, gelang tangan dan charm dengan kemasan tangan dihiasi batu permata berharga untuk menambahkan seri pemakai yang membolehkan wanita menerokai dan mereka cerita individu unik yang berkaitan personaliti mereka.

Barangan kemas Pandora adalah dibuat dengan perak.925 sterling dengan kemasan tangan.



Semua butik Pandora dibuka kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Atas sebab itu juga, bermula 15 hingga 26 Mei ini, Pandora melancarkan promosi istimewa Hari Raya Aidilfitri buat semua pelanggan setia jenama tersebut.

Lebih menggembirakan, Pandora turut membuat promosi 'beli 3 percuma 1' di semua butiknya di seluruh negara dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi yang ingin ke butik, jangan bimbang, semua butik Pandora di seluruh negara mengamalkan proses sanitasi yang kerap setiap hari bagi memastikan kebersihan agar pelanggan dapat membuat pilihan dengan selesa.

Jika tidak, anda masih boleh membuat pembelian dalam talian di Zalora dan Lazada.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Pandora, Charm, Aidilfitri, Aksesori

Artikel Lain