suria

Jerawat tumbuh meriah walaupun tak keluar rumah, jika anda gemar memicitnya sila stop! Ini 5 sebabnya

Jerawat

RAMAI daripada kita yang tak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun jerawat tetap tumbuh dengan meriahnya!

Golongan wanita terutamanya, meskipun tidak memakai solekan namun jerawat tetap naik dan situasi itu membuatkan ada di antara kita rasa tertekan.

ARTIKEL BERKAITAN: Garam bukan sekadar penambah rasa... ketahui rahsia bahan ini, anda pasti teruja!

Apa sebenarnya punca jerawat tumbuh walaupun tak terdedah kepada pencemaran di luar? Ini lima sebabnya.

1. Tidak membersihkan wajah secara kerap

Apabila duduk di rumah kita pasti tidak akan menitikberatkan soal membersihkan wajah kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

Bagi wanita, duduk di rumah tidak memakai solekan, jadi tidak perlu mencuci wajah terlalu kerap. Tetapi itu adalah antara punca jerawat mudah muncul akibat pertambahan sel-sel kulit mati.

Jadi sebab itu, teruskan rutin mencuci wajah seperti biasa menggunakan produk yang sesuai dengan anda.

2. Kulit tidak mengelupas

Kulit mengelupas sebenarnya membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang jika tidak dihilangkan akan menyebabkan jerawat.

Apabila pori-pori wajah tersumbat akibat kulit tidak mengelupas, ia akan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

3. Tekanan

Tidak dinafikan duduk di rumah untuk tempoh yang lama boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan cemas tambahan pula dengan situasi tidak menentu berkaitan ekonomi dan pekerjaan.

Atas alasan itu juga, jerawat lebih mudah tumbuh disebabkan rangsangan kelenjar adrenalin untuk melepaskan kortisol dan hormon sreroid.

Kortisol ini akan meransang dan menghasilkan sebum yang menyebabkan kulit kita menjadi berminyak.

4. Pengambilan makanan tidak sihat

Apabila dah duduk di rumah, aktiviti paling digemari adalah makan sehinggakan kita tidak menjaga diet.

Tidak salah untuk menikmati makanan anda, tetapi biarlah berpada-pada kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan masalah kesihatan lain malah pertumbuhan jerawat!

Sebaik-baiknya kawal pemakanan anda terutamanya juadah yang berasaskan tenusu. Ia boleh meningkatkan hormon dan mengeluarkan jerawat.

5. Memicit jerawat

Apabila jerawat sudah memenuhi muka, tangan mulalah gatal hendak memicitnya sebagai cara menghilangkannya dengan cepat.

Jangan melakukannya kerana memecahkan jerawat boleh menyebabkan peradangan yang akan menyebabkan lebih banyak jerawat tumbuh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Jerawat, Picit, Tekanan, Mode

Artikel Lain