RAMBUT memainkan peranan penting dalam setiap sudut penampilan anda. Ramai yang tidak peduli mengenai kebersihan rambut dan ada juga yang hanya menyentuh pencuci rambut sekali seminggu, lebih-lebih lagi yang berambut pendek. Sebenarnya rambut juga memerlukan penjagaan dari akar umbi supaya ia sentiasa kelihatan sihat dan menampilkan sisi diri anda yang berkeyakinan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Skin tag' boleh ganggu penampilan anda... awas elak buang sendiri!Menurut Dr Bazilah Mohamed Zaid, bagi yang mempunyai masalah rambut berkelemumur, ada beberapa perkara perlu anda ambil tahu. 1.Rendah diri Jika anda mempunyai masalah rambut kelemumur akan cuba elakkan berbaju gelap kerana ia akan membuatkan kelemumur nampak lebih jelas sekali gus akan menyebabkan anda kurang keyakinan diri. Masalah kelemumur perlu dirawat bagi mengelakkan masalah lebih serius. 2. Memusnahkan akar umbi Rambut berkelemumur kadang kala disertai dengan rembesan sebum yang berlebihan dan seterusnya menggalakkan pembiakan micro organisma atau bakteria. Bakteria ini akan bertindak pada folikel rambut, memusnahkan dan menyebabkan rambut gugur lebih banyak. Bagaimanapun, rambut akan tumbuh kembali jika masalah ini dirawat. 3. Penyakit Kelemumur yang berlebihan juga kebiasanya berkait rapat dengan penyakit seperti psoriasis atau seborrheic dermatitis. Penyakit seperti ini kebiasaanya tidak dapat diselesaikan dengan penggunaan shampu biasa. Oleh demikian, berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti penyakit anda dan seterusnya bagi mendapatkan rawatan yang betul. Kelemumur di tahap serius boleh menyebabkan jangkitan. 4. Jangkitan kulat Harus di ingat, kelemumur yang disertai dengan cairan, berkerak, nanah atau benjolan di kulit kepala adakalanya berpunca dari jangkitan kulat. Sekiranya tidak dirawat, ia akan memudatkan dan jangkitan akan bertambah teruk.Sebarang rawatan ubat sapu tidak mungkin akan memulihkan masalah ini. Anda mungkin perlu makan ubat anti kulat selama beberapa bulan! 5. Keguguran rambut kekal Akhir sekali keadaan kelemumur yang kronik dan tidak dirawat akhirnya akan membuatkan masalah keguguran rambut bertambah teruk dan kronik yang akhirnya membawa kepada rambuk botak yang kekal. Jadi, apa kata rawat masalah kelemumur anda.Jangan biarkan sehingga anda mengalami masalah botak kekal. Ia lebih sukar dirawat berbanding masalah kelemumur itu sendiri. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!