suria

Panas! Kasut kotor siap ada kesan dipijak harga RM380, berminat?

Chuck Taylor All Star Smoke Low Top yang kelihatan kotor dan lusuh dijual pada harga RM380.

JIKA membeli sepasang kasut kita pasti akan memilih rekaan yang cantik sesuai dengan harganya namun sanggupkah anda membeli kasut yang sudah kotor?

Jika ya, jenama kasut terkenal Converse melancarkan koleksi dibawah Chuck Taylor All Star yang cukup mencuri tumpuan.

ARTIKEL BERKAITAN: New Balance kembali dengan 2 koleksi mengancam edisi pek ‘Harajuku’

Mana tidaknya, semua rekaan kasutnya seakan-akan sudah lusuh selain ada kesan kotor seperti dipijak.

Chuck Taylor All Star Smoke Low Top sneakers ini bukan kasut lama yang dijual kembali tetapi Converse sengaja menampilkan rekaan sebegitu bagi memberi elemen vintaj kepadanya.

Ramai memberi pandangan mengenai kasut ini.

Harganya juga tidak murah tau! Ia dijual dengan harga £70 (RM380) sepasang dan ia lebih mahal berbanding varian original dalam koleksi Chuck Taylor All Star.

Ia tampil dengan dua warna iaitu kelabu dan biru laut. Kesan kotor meliputi keseluruhan kasut termasuk talinya dalam memberi kesan lusuh.

Bagaimanapun ramai menyelar tindakan Converse melancarkan kasut tersebut kerana merasakan harganya yang terlalu mahal selain merasakan ia tidak berbaloi.

Jangan terkejut jika penjual mengeluarkan kasut itu daripada kotak untuk dicuba apabila melihat rupa parasnya! Anda rasa berbaloi?

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain