BAYANGKAN, ambil pelitup muka, dihias permata atau cantumkan ia pada skaf leher panjang. Apa yang anda dapat? Tentu sekali sesuatu berkaitan pandemik bukan? Yang pasti ianya fesyen mewah yang kosnya antara 75 ke 160 euros (RM372 ke RM795). Seiring norma baharu ketika ini di mana mask adalah sebahagian kegunaan harian bagi menghalang penularan Covid-19, pereka Belgium tampil dengan gaya aksesori chic apabila mengubahsuai pelitup muka perubatan. ARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri gaya Covid-19, pereka fesyen tampil dengan topeng sedondon baju raya... fesyen oversize nampak selesa! Berpangkalan di Brussels, penata gaya Aude De Wolf menghasilkan skaf mask yang menggunakan fabrik seperti linen, cashmere dan beberapa material berkualiti tinggi bagi menggabungkan pelitup muka itu dengan shawl mewah. "Ia inspirasi daripada ibu sya kerana dia tidak sukakan lehernya terdedah," kata De Wolf yang sehingga kita telah menjahit kira-kira 1,500 mask untuk hospital katanya kepada Reuters ketika ditemui di bengkal jahitannya. Pelitup muka yang dihasilkan Hainut dijuak dengan harga bermula RM372. Pelitup muka itu boleh dibuka atau pakai semula dengan mudah, malah perekanya menganggap ia satu produk mewah. Lain pula halnya bagi pereka aksesori dan busana, Olivia Hainaut apabila menggunakan kemahirannya untuk menghasilkan mask yang dihiasi labuci, permata dan bunga-bungaan kain sutera. Pelitup muka penuh gaya dihasilkan Hainaut. Gaya yang ditampilkan Hainaut ini juga dijual bermula RM372, bergantung kepada hasil kerjanya serta bahan yang digunakan. "Ianya bukan pelitup muka untuk dipakai setiap hari, mungkin lebih sesuai digayakan pada majlis keraian atau perkahwinan. Pelbagai fesyen pelitup muka dihasilkan. "Idea ini tercetus suasana gembira kepada sesuatu yang begitu menyedihkan," katanya merujuk kepada pandemik Covid-19.- thejakartapost Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!