MINYAK zaitun bukan sahaja digunakan sebagai bahan masakan tetapi cukup berguna bagi tujuan kecantikan termasuklah menjaga kuku anda. Menggunakan minyak zaitun secara rutin mampu membantu menjaga kuku anda agar sentiasa berkilat, kuat, lembut dan mempunyai warna yang cantik. Berikut adalah beberapa manfaat yang minyak zaitun dapat lakukan untuk kuku anda.ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Rambut bergumpal, botak antara kesan suka tidur ketika rambut masih basah 1. Melembapkan kuku Memandangkan kuku tidak memiliki kandungan minyak dan kelenjar yang banyak, maka kita perlu memastikan ia sentiasa lembap. Ini kerana jika kuku kering, ia lebih mudah menjadi rapuh. Minyak zaitun dapat menjaga kelembapannya dengan hanya mengurut kuku anda dengan sedikit minyak zaitun setiap malam dan anda akan dapat lihat hasilnya! Rendam kuku dalam minyak zaitun. 2. Campurkan dengan madu! Demi mendapatkan kuku yang lembut dan cantik, campurkan minyak zaitun dengan madu dan sapu pada kuku seperti anda memakai pengilat kuku. Tidak perlu lama, hanya biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu. 3. Minyak zaitun dan tomato Bagi merangsang pertumbuhan kuku, campurkan minyak zaitun dengan jus tomato. Tomato mengandungi biotin yang meningkatkan pertumbuhan kuku. Selain menyapunya pada kuku, anda juga boleh merendam jari ke dalam campuran itu selama 10 ke 15 minit sebelum membilasnya. 4. Pengilap kuku Kuku yang kering akan kelihatan kusam. Untuk mengembalikan kilatnya, oleskan minyak zaitun pada permukaan kuku! Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!