suria

Kalau pakai, kalis api neraka ke? Ini kisah sebenar di sebalik tudung RM100,000

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri bersama tudung bernilai RM100,000 hadiah daripada Swarovski. - Foto ART CHEN

PADA Khamis lalu, pengasas Bawal Exclusive mempersembahkan sehelai tudung yang diiktiraf termahal di dunia bernilai RM100,000 yang cukup mewah dengan hamparan dan taburan kristal Swarovski.

Tudung itu dipertontonkan kepada umum dalam majlis yang diadakan di Hotel St. Regis Kuala Lumpur dan turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal pernah dihasilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tapi bergaya... khas buat tembikai, bayangkan jika ia dibawa ke pasar raya?

Ia mendapat perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan keindahan tudung berkenaan, namun ada juga yang memberi kritikan termasuk menganggap ia sebagai pembaziran jika membelinya.



Tudung ini bukan untuk dijual sebaliknya ia adalah hadiah daripada pihak Swarovski kepada Bawal Exclusive.

Tidak kurang juga secara sinikal mempertikaikan sekiranya seorang wanita memakai tudung berharga RM100,000 apakah akan kalis daripada api neraka.

Menjelaskan mengenai situasi sebenar, pengasasnya, Haliza Maysuri berkata, tudung berkenaan bukanlah dihasilkan untuk tujuan dijual sebaliknya ia adalah hadiah daripda pihak Swarovski kepada Bawal Exclusive bersempena pembukaan Private Lounge Bawal Exclusive di Puchong tidak lama lagi.

"Sebenarnya saya ingin memperkenalkan tudung yang dihadiahkan kepada Bawal Exclusive ini pada pelancaran butik terbaharu tidak lama lagi tetapi disebabkan pandemik Covid-19, butik tidak dapat disiapkan mengikut jadual.



Ia turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal pernah dihasilkan.

"Disebabkan saya terlalu teruja dengan pemberian hadiah istimewa ini, saya memilih untuk mempersembahkannya sebelum pelancaran butik Bawal Exclusive.

"Saya bukan sahaja teruja tetapi saya turut menitiskan air mata kerana terlalu gembira dengan hadiah cukup bermakna ini," katanya.

Haliza memberitahu tudung itu tidak akan dijual sebaliknya ia akan dipaparkan dalam butik terbaharunya itu nanti.



Haliza akan mempamerkan tudung itu di butiknya.

Menceritakan mengenai tudung itu, ia dihadiahkan kepadanya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana telah menjadi antara pemborong terbesar sejak dahulu selain meraikan ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun.

Kata Haliza, rekaan tudung itu adalah ideanya dan telah direalisasikan oleh pasukan rekaan Swarovski di Austria yang menggunakan lebih 7,200 kristal Swarovski.

"Ia dihasilkan di atas sehelai tudung berukuran 1.14 meter x 1.14 meter dan mengambil masa 320 jam untuk disiapkan menggunakan tenaga kerja seramai 12 orang," ceritanya.



Haliza terharu dan teruja dengan hadiah diterimanya itu.

Sementara itu, Haliza berkata, hadiah itu juga adalah bukti peniaga Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan jenama popular lain.

"Jangan takut untuk merealisasikan impian. Semuanya perlu bermula dengan langkah pertama," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain