suria

Pernah terfikir kenapa biru jadi identiti seluar jean?

Terdapat sebab dan kisah di sebalik seluar jean berwarna biru.

SEJAJAR dengan perubahan zaman dan fesyen, seluar denim sudah mengalami pelbagai transformasi dari segi gaya serta warna.

Bagaimanapun, datanglah fesyen apa pun, pasti ramai di antara kita yang mempunyai sekurang-kurangnya sehelai jean berwarna biru.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas! Kasut kotor siap ada kesan dipijak harga RM380, berminat?

Warna asas seluar jean ini membuatkan ia mudah dipadankan dengan apa sahaja jenis pakaian hinggakan ianya tak lekang dek zaman.

Tapi sebenarnya tak ramai orang tahu bagaimana awalnya seluar jean ini tercipta dan mengapa warna identitinya adalah biru!



Setiap daripada kita pasti memiliki sehelai seluar jean.

Levis Straus adalah individu yang terkenal mempopularkan pemakaian seluar jean namun dia bukanlah individu yang mula-mula memperkenalkan seluar popular ini.

Sebaliknya, Levis adalah orang yang mematenkan gaya dengan paku agar jean tidak mudah terkoyak.

Sementara itu, warna biru dipilih kerana sifat kimia pewarna biru. Sebahagian besar pewarna akan menembus kain dalam suhu panas, membuatkan hasilnya kurang menarik.

Warna biru yang dicuci, sebahagian warnanya akan turut luntur, menjadikan ia semakin lembut dan memberi kesan usang. Itu membuatkan ia digemari oleh ramai orang sehingga ke hari ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Denim, Jean, Fesyen, Biru

Artikel Lain