ADA sesetengah golongan lelaki yang memiliki payudara yang agak besar disebabkan faktor berat badan mahupun genetik atau hormon tidak seimbang. Ia sekali gus membuatkan seorang lelaki itu berasa kurang keyakinan tinggi serta akan menjadi perhatian orang lain apabila berada di tempat awam.ARTIKEL BERKAITAN: Kalau pakai, kalis api neraka ke? Ini kisah sebenar di sebalik tudung RM100,000 Namun jangan bimbang, sebab dengan beberapa 'helah' fesyen, bahagian payudara dapat disembunyikan agar ia tidak menjadi perhatian orang ramai. Sangat penting bagi lelaki mengenali tubuh mereka terlebih dahulu. 1. Fahami tubuh sendiri Seorang lelaki perlu mengambil berat tentang diri mereka dan memahami terlebih dahulu bentuk tubuh agar tak salah memilih pakaian yang sesuai. Sebaik-baiknya, jauhi pakaian yang terlalu ketat atau longgar kerana ia akan menarik perhatian pada bahagian dada. Pilih pakaian yang tepat. Jangan pakai baju ketat sebaliknya sarungkan jaket bagi menutup payudara yang besar. 2. Pilih gaya sesuai Jaket adalah antara pilihan terbaik bagi menyembunyikan payudara malah ia cukup sesuai dipadankan dengan kemeja atau baju T. Tak semestinya jaket denim, anda boleh memilih yang diperbuat daripada fabrik seperti twill, oxford dan flanel yang memberi kelainan pada gaya anda. Paling penting, pilih warna sesuai seperti hitam, kelabu bagi memberi ilusi lebih baik kepada bentuk tubuh anda. Sekali-sekala beranikan diri dengan warna-warna terang. Jauhi baju berwarna putih bagi lelaki bertubuh gempal. 3. Hindari warna putih Pakaian berwarna putih kerana akan menarik perhatian berbanding rona gelap selain kolar rendah dan aksesori seperti rantai agar mata orang tidak tertumpu kepada bahagian dada anda. Baju dengan jalur menegak dapat menutup kekurangan tubuh anda. 4. Corak Terdapat pelbagai pakaian yang memberikan pemakainya pesona tersendiri termasuk nampak lebih ramping menerusi siluet. Siluet dengan garis vertikal mampu memberi penyamaran kepada bentuk tubuh. Bagi yang mempunyai 'mens breast', pilih baju dengan garis rapat bagi memberi ilusi berbeza kepada yang melihat. 5. Aksesori Meskipun tidak digalakkan memakai aksesori pada tengkuk, anda boleh pilih clutch, cermin mata serta kasut sebagi pelengkap gaya. Aksesori akan membuatkan gaya anda lebih menarik sehingga orang tidak akan fokus pada dada anda.