suria

Sneakers kolaborasi Nike dan Civilist berubah warna selepas dipanaskan dalam ketuhar

Civilist x Nike SB Dunk Low akan berubah warna selepas dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro.

SNEAKERS The Civilist x Nike SB Dunk Low mungkin masih belum dilancarkan namun pelakon dan pengacara La La Anthony menjadi antara individu pertama yang memilikinya.

Melalui Instagram miliknya, La La menunjukkan keunikan kasut tersebut yang membuatkan ramai teruja dan tidak sabar untuk membelinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tapi bergaya... khas buat tembikai, bayangkan jika ia dibawa ke pasar raya?

Uniknya kasut yang didatangkan dalam warna hitam itu, ia bertukar warna selepas dimasukkan dalam ketuhar gelombang mikro selama 10 saat.



Panaskan selama 10 saat dan anda akan lihat perubahannya.

Selepas ia dikeluarkan, kasut itu berubah menjadi pelbagai warna yang cukup menarik.

Sneakers Civilist x Nike SB Dunk Low adalah kolaborasi dengan jenama papan luncur terkenal Jerman, Civilist sebagai penghargaan kepada budaya raver yang berkembang selepas runtuhnya tembok Berlin pada 1991.

Berlin menjadi pusat gerakan rave yang berkembang di Berlin Timur dan Barat yang terpisah sebelum ini.



Ia didatangkan dalam warna hitam namun boleh berubah warna apabila dimasukkan ke dalam mikrowave.

Kasut itu berubah warna akibat tindakan pola termokromatik apabila ia terkena suhu yang panas dan akan menghasilkan warna merah, kuning, biru dan hijau.

Civilist x Nike SB Dunk Low dijual pada harga AS$890 (RM3,560) untuk saiz 8.5 dan AS$940 (RM3,760) bagi saiz 11 lelaki. Ia telah pun mula dijual di beberapa butik terpilih di Amerika Syarikat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain