suria

Atasi masalah hidung berminyak menggunakan 4 makanan di dapur anda

Hidung berminyak adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ramai orang.

JIKA kulit anda termasuk dalam jenis yang berminyak, ia akan kelihatan lebih jelas pada bahagian hidung.

Yang tak bestnya, hidung berminyak ini boleh menyebabkan masalah lain pada wajah seperti jerawat selain solekan tidak dapat kekal dengan baik pada bahagian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak kuku cantik? Cuba campur minyak zaitun dan jus tomato... hasilnya memang wow!

Tapi jangan bimbang, ada kaedah yang boleh dilakukan bagi mengatasi hidung berminyak.

1. Jaga kebersihan

Sebahagian besar kelenjar minyak berada di zon T wajah kita. Salah satu cara untuk meringankan masalah itu adalah dengan menjaga kebersihan wajah.

Ini termasuklah memastikan pori hidung dalam keadaan bersih kerana ia tempat paling senang berminyak.

2. Bersih guna air

Cuci wajah menggunakan air biasa (bukan sejuk atau suam) untuk mempertahankan kelembapan kulit. Air biasa juga akan membantu membersihkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah.

Tiada masalah untuk menggunakan pencuci wajah tetapi jangan terlalu kerap, sebaliknya cuci muka dengan air biasa selalu agar wajah sentiasa lembab.

3. Jus lemon

Lemon memiliki banyak manfaat dan salah satunya mengurangkan minyak dan membersihkan wajah daripada kotoran. Caranya, sapu jus lemon pada bahagian hidung dan bilas menggunakan air biasa.

4. Scrub wajah

Campuran madu dan kacang badam adalah bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mengatasi kulit yang berminyak.

Satu sudu madu dan campurkan dengan kacang badam yang ditumbuk. Jadikan ia sebagai masker wajah. Ia akan menyerap minyak dengan lebih efektif.

5. Cuka

Cuka tidak hanya mengurangkan minyak pada wajah tetapi menghalang kotoran meresap ke dalam kulit. Campur cuka dengan air dan celupkan kapas.

Sapu pada hidung dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci menggunakan air sejuk.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain