BAGI memastikan kita membersihkan kotoran di badan, ramai daripada kita yang menggunakan penggosok tubuh atau loofah setiap kali mandi. Penggunaan loofah bagi menyental dan membersihkan bahagian badan sebenarnya tidak disarankan, apatah lagi jika ia digunakan pada wajah.ARTIKEL BERKAITAN: Atasi masalah hidung berminyak menggunakan 4 makanan di dapur anda "Menggosok kulit dengan loofah boleh menyebabkan iritasi dan merosakkan kulit," kata Pakar Kulit, Dr. Benjamin Garden. Jelas Benjamin, membersihkan wajah dengan menggunakan tangan sebenarnya sudah mencukupi. Ini kerana membersihkan kulit secara berlebihan akan mengikis lipid semula jadi yang merupakan pelindung kulit. Loofah tempat berkumpulnya bakteria dan kuman. Pakar Dermatologi, Joel Schelessinger juga memberitahu bahawa loofah juga adalah tempat bakteria terkumpul dan membahayakan kulit. "Organisma cukup mudah membiak pada bahagian lembab," katanya. Ia juga boleh mendatangkan bahaya dan jangkitan serius terutamanya pada individu yang mempunyai penyakit serta sistem imunisasi lemah. Kajian yang dilakukan sejak 1994 juga menunjukkan loofah dapat menularkan bakteria yang menyebabkan jangkitan. Sebaik-baiknya, hindari menggosok badan secara berlebihan, batasi penggunaannya dua kali seminggu. Selain itu, letakkan loofah pada tempat tinggi dan biarkan ia kering. "Rendam loofah dalam cuka untuk membunuh dan membantutkan pertumbuhan mikroorganisme," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!