suria

Botakkan kepala memang mudah tapi ada 4 perkara perlu diambil kira

Botakkan kepala adalah jalan paling mudah ketika pandemik.

MESKIPUN kerajaan telah membenarkan kedai gunting rambut beroperasi namun ramai di antara kita yang masih bimbang untuk memotong rambut kerana risau akibat penularan Covid-19.

Cara paling mudah adalah dengan membotakkan kepala menggunakan mesin potong rambut atau pun pisau cukur yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai pelitup muka buat wajah nampak lebih menarik, betul ke?

Selain boleh dilakukan sendiri, ia gaya yang paling praktikal ketika ini tapi beberapa perkara harus dipertimbangkan sebelum anda membotakkan kepala!

1. Bentuk kepala

Salah satu kesalahan yang sering dilakukan kaum lelaki ketika memotong rambut adalah mengabaikan bentuk kepala mereka. Jika bentuk kepala bulat, membotakkan kepala mungkin fesyen paling sesuai.

Akan tetapi, jika kita tidak yakin dengan bentuk kepala, potongan buzz cut atau tidak botak sepenuhnya adalah pilihan bijak.



Nak botakkan kepala juga ada caranya.

2. Lakukan dengan betul!

Membotakkan kepala kedengaran mudah dan boleh dilakukan sendiri tetapi ada beberapa tip yang boleh diikuti agar hasilnya memuaskan hati.

Sebaik-baiknya, jangan terus cukur sehingga kena kulit kepala sebaliknya potong sedikit terlebih dahulu untuk melihat hasilnya. Jika berpuas hati dan yakin, barulah cukur sepenuhnya.

Mulakan pada bahagian depan, sebelum tepi kepala dan belakang.

3. Rawatan kepala

Kepala botak juga memerlukan rawatan dan menjaganya juga bukan mudah. Sekiranya anak rambut mula tumbuh, gunakan alat pencukur yang sesuai terutamanya bagi yang memiliki kulit sensitif.

Pemilihan pisau sangat penting bagi menjaga kulit agar tidak luka dan mengelupas selepas bercukur.

4. Basuh kepala

Meskipun tidak lagi mempunyai rambut, sebaik-baiknya basuh kepala seperti biasa bagi mencuci minyak serta kotoran pada kepala. Jika ada serum, sapu pada kepala agar kulit sentiasa lembap.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Rambut, Kepala, Botak, Fesyen, Cukur

Artikel Lain