suria

Jom periksa koleksi lama anda... 5 jenis jeans ini dijangka kembali popular tahun 2021

Distressed jeans antara yang bakal kembali popular pada 2021.

SELUAR jeans memang tidak pernah lapuk dek zaman malah hampir setiap orang pasti mempunyai sekurang-kurangnya sehelai seluar jeans dalam almari mereka.

Meskipun ia tidak pernah lapuk, namun trend seluar jeans sentiasa berubah setiap tahun. Contohnya, pada tahun ini, seluar jeans koyak, dipotong bahagian kaki antara yang menjadi kegilaan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Jualan Akhir Tahun KWC tawar diskaun gila-gila! Boleh shopping di butik ikut SOP, beli online pun mudah

Bagaimana pula dengan trend tahun hadapan? Terdapat beberapa jenis seluar jeans yang diramalkan akan menjadi kegilaan ramai. Namun itu tidak bererti anda perlu membeli jeans baharu!

Cuba tengok kembali koleksi seluar jeans anda, siapa tahu anda sebenarnya sudah pun memiliki rekaan yang sudah lama tidak dipakai tetapi bakal kembali 'hot' tahun depan.

1. Loose jeans

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seluar jeans dengan potongan longgar kembali popular. Potongan kaki yang lebih lebar akan menjadi kegilaan pada 2021.

Lipatan kemas, pinggang yang tinggi dan warna tidak dijangka seperti kelabu dan hitam bakal menjadi trend popular.

2. Straight-leg vintage jeans

Jeans potongan lurus dengan gaya vintaj antara bakal kembali popular. Ditambah dengan pinggang tinggi ia akan membuatkan si pemakai nampak moden dan bergaya.

3. Distressed jeans

Model seluar jeans yang satu ini juga akan kekal menjadi trend. Kesan koyak memberi elemen santai kepada si pemakai.

4. Bootcut jeans

Tidak ramai menggemari jeans dengan potongan bootcut tetapi potongan yang lebih panjang sehingga mencecah lantai ini bakal menjadi rebutan ramai.

5. Printed jeans

Tidak hanya tentang potongan, jeans dengan bercorak seperti abstrak, floral dan gambar diramalkan akan menjadi trend disukai ramai terutamanya golongan wanita.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
fesyen, jeans, trend 2021, Mode, denim

Artikel Lain