suria

Tak payah guna krim mahal... Teh matcha, jus ceri antara minuman dapat hilangkan jerawat

Siapa sangka jus ceri mempunyai pelbagai manfaat termasuk merawat masalah jerawat.

PRODUK perawatan kulit yang mengandungi retinol dan asid salsilat bukanlah satu-satunya penyelesaian mengatasi masalah jerawat.

Sebaliknya terdapat pelbagai minuman yang mempunyai kesan sama sekiranya diminum secara rutin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jualan Akhir Tahun KWC tawar diskaun gila-gila! Boleh shopping di butik ikut SOP, beli online pun mudah

Ia bukan sahaja semula jadi tetapi enak serta lebih selamat berbanding produk yang tidak diketahui kandungannya dan boleh menyebabkan kulit wajah bertambah rosak.

1. Teh matcha

Teh matcha kaya dengan antioksidan dan salah satunya adalah epigallocatechin gallate (EGCG) yang membantu melawan pengoksidaan sebelum jerawat terbentuk.

Antioksidan pada teh ini 137 kali lebih banyak berbanding teh hijau biasa. Amalan minum teh ini dapat membantu mengurangkan tanda-tanda peradangan daripada luar dan dalam kulit.

2. Teh kunyit

Kunyit mengandungi kurkumin yang telah terbukti memberikan banyak manfaat kerana sifat anti-inflamasi, antivirus, antioksidan dan antibakteria.

Menambah satu sudu kunyit dalam air panas untuk diminum dapat memberi manfaat kepada penyembuhan jerawat.

3. Susu kefir

Kesihatan usus sangat berkaitan dengan kecantikan kulit. Inilah alasanya untuk minum minuman yang kaya dengan probiotik.

Ia bukan sahaja membantu membunuh bakteria jahat dan mengurangkan peradangan tetapi protein laktoferin yang terdapat pada susu kefir memberikan kekuatan luar biasa melawan masalah kulit.

4. Teh spearmint

Minum dua cawan teh spearmint organik setiap hari dapat membantu mengurangkan luka keradangan jerawat.

Jika diminum selama sebulan, ia mampu menyembuhkan 25 peratus masalah jerawat dan 51 peratus apabila diminum selama tiga bulan.

5. Jus ceri

Sebut tentang ceri, pasti kita membayangkan buah yang sering menjadi hiasan di atas kek. Sebenarnya, ia bukan sekadar buah hiasan tetapi mempunyai pelbagai manfaat.

Jus ceri dapat memberi kesan yang baik kepada kulit bermasalah. Minuman ini mengandungi antioksidan serta vitamin A, B, C dan D.

Ia juga dapat membantu menyeimbangkan pH kulit dan memiliki sifat anti-inflamasi. Selain itu, jus ceri juga mengandungi melatonin yang baik untuk membuatkan kita tidur lebih nyenyak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain