suria

Pakai mask ke tak? Jangan sampai tertipu, sekarang sudah ada rekaan pelitup muka wajah sebenar pemakai

Pelitup muka yang sudah siap dan dicuba oleh pemiliknya.

SEBELUM ini pereka kostum dan pelukis, Jorge Silva Roriz cukup terkenal dengan sentuhan ajaibnya mereka cipta pelbagai kostum berwarna-warni setiap kali berlangsungnya Karnival Rio de Janeiro.

Bagaimanapun sejak pandemik Covid-19 melanda, Jorge lebih banyak memfokuskan kepada penghasilan pelitup muka yang unik dan cukup menarik.

ARTIKEL BERKAITAN : Hello lelaki... ada 5 cara nak nampak lebih muda, jom cuba!

Jorge tampil dengan pelitup muka yang dilukis wajah sebenar sehingga ada menyangka seseorang itu tidak memakai pelitup muka.



Jorge cukup teliti ketika menghasilkan pelitup muka.

Idea itu tercetus apabila ramai yang mahu menonjolkan wajah sebenar mereka ketika bertemu orang lain meskipun perlu memakai pelitup muka.

"Saya gunakan pelitup muka ini kerana tidak mahu kehilangan identiti diri saya," katanya.

Jelasnya, penghasilannya cukup rumit apatah lagi perlu memastikan warna kulit dan bibir benar-benar sama agar ia nampak realistik apabila dipakai oleh tuannya.

Jorge memberitahu pada awalnya ramai merasakan pelitup muka itu sebagai lucu tetapi ramai turut memberikan reaksi positif apabila dia memuat naik gambarnya di laman sosial.



Jorge melukis mengikut gambar yang diberikan kepadanya.

Ia juga mendapat permintaan tinggi dalam kalangan orang yang tidak ingin menyembunyikan wajah mereka semasa pandemik tetapi pada masa sama ingin melindungi diri daripada virus.

"Saya dapat banyak reaksi positif dan permintaan juga sangat tinggi sehingga saya terpaksa menolak disebabkan kesukaran dan ia mengambil masa untuk disiapkan.

"Tapi paling penting, pelitup muka itu bukan sahaja menampilkan wajah sebenar tetapi turut membawa kegembiraan kepada si pemakai dan orang yang melihat," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain