BUKAN sahaja wanita, kaum lelaki pun mesti nak nampak kacak dan bergaya berbanding usia sebenar mereka! Jangan hanya berharap wajah nak muda kerana ia tidak akan ke mana-mana, sebaliknya kaum lelaki perlu lebih agresif menjaga kesihatan kulit, rambut serta penampilan agar kekal awet muda. ARTIKEL BERKAITAN: Baru ada style! Pereka fesyen Jepun tampil rekaan beg pemegang bubble tea Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan supaya kaum lelaki dapat tampil lebih muda berbanding usia sebenar mereka. 1. Gaya rambut Mengubah gaya rambut dengan memilih potongan yang sesuai dapat memberi impak kepada keseluruhan imej anda. Tak salah cuba potongan quiff modern yang sangat sesuai dengan lelaki yang rambutnya mula menunjukkan tanda-tanda bakal botak. Potongan rambut crop french atau menyimpannya panjang juga boleh memberi kelainan kepada gaya. Tidak hanya rambut, lelaki juga perlu memberi perhatian kepada penjagaan misai dan janggut agar ia tetap kelihatan kemas. 2. Pakai BB cream Kontras pada wajah dapat dilihat disebabkan oleh lingkaran hitam, kedutan, pigmentasi atau pemilihan pencuci muka yang salah. Bagaimanapun BB cream dapat melembapkan kulit serta membantu anda menutupi noda dengan cepat. Ia juga dapat menyembunyikan pori-pori pada wajah. Namun dapatkan nasihat daripada penjual alatan kosmetik bagi memastikan BB cream yang digunakan bersesuaian dengan kulit wajah. 3. Rajinkan diri pakai masker Masker wajah sangat baik untuk kulit. Produk ini memberikan sejumlah nutrisi kepada kulit dalam tempoh hanya 10 ke 15 minit pemakaiannya. Tapi pastikan bersihkan wajah terlebih dahulu sebelum memakai masker dan bersihkan muka dengan air bersih. Sesudah itu gunakan pelembap atau menggosokkan ais batu ke wajah untuk mengecilkan pori-pori dan menegangkan kulit. 4. Berani berfesyen Jangan takut untuk memakai warna-warna cerah kerana ia dapat menambahkan keceriaan dan membuatkan anda nampak lebih muda. Pastikan juga pakaian bersaiz padan dengan badan selain mengenakan aksesori sesuai seperti kaca mata hitam, jam tangan dan tali pinggang. 5. Senyum Nak nampak lebih muda bukan sahaja daripada penampilan tetapi senyuman yang terukir di wajah dapat membuatkan gaya seseorang lebih menyerlah. Tidak guna juga sudah kacak tetapi muka sentiasa masam dan tidak nampak mesra. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!