ADA segelintir wanita yang gemar memuat naik gambar atau video ketika mereka sedang bersenam di laman sosial sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kehidupan sihat. Oleh itu, ramai di antara mereka yang mengenakan solekan ketika bersenam agar wajah tidak kelihatan kusam apabila merakam gambar dan video.ARTIKEL BERKAITAN : Berus gigi lubuk bakteria, kuman... Jangan kongsi antara 4 cara terbaik menggunakannya Namun perlu diingat, penggunaan solekan sebenarnya tidak disarankan ketika bersenam kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan terutamanya kulit wajah. 1. Pori tersumbat Pakar dermatologi, Lucy Chen menjelaskan ketika bersenam suhu badan akan meningkat. Bagi menurunkan kembali suhu itu, tubuh akan mengeluarkan peluh. Peluh dan minyak akan keluar melalui seluruh pori tubuh. Apabila ada solekan pada wajah, pori-pori mudah tersumbat. Akibatnya, timbul rasa gatal atau kemerahan. Sekiranya anda tetap mahu mengenakan solekan, Lucy menyarankan agar segera mencuci wajah melalui teknik double cleansing sejurus selepas bersenam. 2. Jerawat Pori yang tersumbat akan menyebabkan pertumbuhan jerawat. Bakteria yang membiak akan membuatkan pori wajah yang tersumbat menjangkiti bahagian lain wajah. Tidak hanya jerawat, ia juga boleh menyebabkan masalah bintik hitam dan putih pada bahagian hidung dan pipi. "Dahi dan pipi mungkin lebih mudah ditumbuhi jerawat kerana ada lebih banyak kelenjar minyak pada kawasan itu," kata Lucy. Kata Lucy, ketika bersenam sudah cukup sekadar menggunakan pelembap atau sunblock terutamanya jika melakukan aktiviti di tempat terbuka. 3. Mata Mata dan kelopak mata merupakan bahagian yang sensitif. Senaman dengan solekan yang menempel di bahagian mata membuatkan kelenjar pada kelopak mata tersumbat sehingga menyebabkan mata menjadi merah dan kering. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan bonjolan pada mata akibat daripada jangkitan yang berkembang pada folikel bulu mata atau kelenjar air mata. Bonjolan ini boleh terjadi pada kelopak mata, di bawah kelopak mata atau garisan bulu mata. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!