suria

Kunyah gula-gula getah antara 5 cara hilangkan lemak pada leher... jom cuba!

Lemak pada tengkuk memang membuatkan wajah kita nampak bengkak.

LEMAK di bahagian leher mampu membuatkan wajah kita kelihatan bengkak. Jadi bagaimana cara mengatasinya dengan mudah?

Sebelum itu, kita perlu fahami bahawa kita tidak boleh menghilangkan lemak pada bahagian tertentu badan secara spesifik seperti wajah dan dagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersenam pun nak nampak cantik, ini info bagi yang suka bersolek... Awas 3 kesannya pada wajah anda!

Jadi, cara menghilangkan lemak di leher secara dasarnya sama seperti mengurangkan lemak pada seluruh tubuh, namun ada beberapa latihan yang boleh diamalkan bagi mempercepatkan proses itu.

1. Jaga hidrasi tubuh

Kulit yang terhidrasi dengan baik cenderung untuk tidak kendur. Mulakan dengan minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari atau lebih sekiranya anda aktif bersukan.

Minum banyak air juga membantu mengawal nafsu makan yang akhirnya turut membantu menurunkan berat badan.

2. Regangan leher

Menghabiskan waktu berjam-jam dihadapan komputer boleh mempengaruhi postur tubuh. Masalah biasa adalah bahu dan punggung yang membulat, kepala berkerut dan leher menonjol ke hadapan.

Dengan melakukan latihan regangan leher, anda dapat memanjangkan otot leher dan melawan postur tubuh agar lebih tegak.

Caranya mudah, duduk tegak pada kerusi dan hembuskan nafas sambil menarik kepala dengan lembut. Tarik kembali kepala dengan gerakan seperti kura-kura.

Turunkan dagu ke dada, regangkan otot di belakang leher. Tarik nafas dan angkat kepala, tarik dagu ke atas untuk meregangkan otot leher depan.

3. Pakai sunscreen

Apa kaitannya sunscreen dengan leher? Ia dapat membantu mencegah kulit di bahagian itu daripada mengendur. Selain itu, ia patut disapu setiap dua jam terutamanya ketika sedang melakukan aktiviti luar.

4. Tingkat pengambilan protein

Jika anda sedang menurunkan berat badan dan ingin menghilangkan lemak di leher, cuba perbanyakkan pengambilan protein. Sebaik-baiknya, pilih protein tanpa lemak kerana ia mampu membuatkan kita berasa kenyang lebih lama.

5. Mengunyah gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah berulang kali dapat melatih otot-otot muka dan dagu dalam gerakan berulang sehingga dapat menghilangkan lemak berlebihan.

Tak hanya itu, ia juga dapat menaikkan dagu serta menguatkan otot rahang! Bagaimanapun, anda masih perlu berhati-hati kerana gula-gula getah biasanya mengandungi pemanis yang tinggi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain