suria

Baru ada style! Pereka fesyen Jepun tampil rekaan beg pemegang bubble tea

Beg pemegang air yang cukup style dan mewah.

PEREKA fesyen terkenal Jepun, Daisuke memang terkenal dengan gayanya yang gemar mengubah barangan jemana terkenal menjadi rekaan unik dan menarik.

Terbaharu Daisuke tampil dengan rekaan pemegang minuman bubble tea menggunakan fabrik daripada jenama terkenal dunia seperti Louis Vuitton dan Christian Dior.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelitup muka lace kini buruan bakal pengantin, ada kata macam bra! - “Yang mengata tu lelaki”

Perkongsian Daisuke di Instagram miliknya mengenai hasil seni terbaharunya itu mula mendapat perhatian penggemar fesyen yang ingin mendapatkannya.

Rekaan yang ditampilkan juga sangat ringkas di mana dia hanya membuat dua lubang tempat meletakkan bekas minuman dan kelihatan cukup bergaya walaupun untuk bekas air bubble tea.



Kreativiti Daisuke mendapat perhatian.

Daisuke dalam satu temubual memberitahu dia mula mengitar semula bahan-bahan daripada barangan jenama terkenal sejak tahun lalu dan menjadikannya unik.

"Bayangkan beg seperti Louis Vuitton atau Chanel yang sudah tidak digunakan sayang jika dibuang begitu sahaja. Fabrik digunakan sangat bermutu tinggi.

"Jadi saya ingin beri nafas baru kepada barang terbuang ini agar ia dapat digunakan dengan penuh gaya," katanya.

Bercakap mengenai rekaan terbaharunya itu, Daisuke memberitahu selain ia kelihatan mewah, rekaannya itu juga dapat menyelamatkan bumi daripada penggunaan bahan plastik.

Bagaimanapun Daisuke memberitahu koleksi yang dihasilkan itu bukan untuk jualan dan hanya simpanan peribadi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain