suria

Pereka fesyen tempatan promosi batik ke pentas dunia, berkolaborasi dengan British Council

Fern Chua bangga dapat mewakili Malaysia bagi mempromosikan batik ke peringkat global. Foto Instagram @fernbatikcollective

PEREKA fesyen Fern Chua sudah bersedia untuk mempersembahkan rekaan batik tangan ke pentas dunia menerusi kempen global British Council.

Mengetengahkan tema Crafting Futures, kempen itu turut mengumpulkan pereka fesyen dan kraf dari seluruh dunia untuk menerokai serta membina masa depan potensi batik ke peringkat global.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelitup muka lace kini buruan bakal pengantin, ada kata macam bra! - “Yang mengata tu lelaki”

Ia juga diadakan bagi memberi inspirasi selain meraikan nilai sejarah, budaya kepada masyarakat dunia.

British Council pula dalam kenyataan memberitahu kempen itu turut diadakan bagi memperkasakan wanita dalam sektor kraf di Asia Tenggara dengan memberikan peluang inklusif melalui rekaan serta mengembangkan perusahaan mereka.



Antara rekaan Fern Chua.

Chua adalah salah seorang daripada enam yang terpilih termasuk dari Mexico, Thailand, Filipina, United Kingdom, Romania yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

"Ia adalah satu penghormatan dan pencapaian luar biasa selain dapat mewakili Malaysia menerusi karya batik saya.

"Peluang ini akan saya ambil bagi mempromosikan budaya dan warisan Malaysia melalui seni batik," katanya.

Bercerita lanjut mengenai minatnya terhadap batik, Chua memberitahu dia percaya ia adalah lebih daripada sekadar warisan.



Batik juga sesuai digayakan dalam pelbagai fesyen.

Jelasnya, batik boleh menjadi moden namun tetap dalam nuansa budaya tersendiri yang menjadikannya ia unik.

"Batik mempunyai erti dan presepsi berbeza untuk pelbagai orang. Ia juga boleh menimbulkan stigma yang membawa kepada perdebatan dan kritikan yang tidak akan berakhir.

"Bagaimanapun saya selalu merasakan seni itu sendiri tidak harus terbatas pada hanya sekadar apa yang kita biasa lihat.

"Sebab itu saya pilih untuk berpegang kepada kepercayaan saya sendiri iaitu memodenkan rekaan berdasarkan inspirasi saya sendiri," katanya. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain