suria

Pelitup muka lace kini buruan bakal pengantin, ada kata macam bra! - “Yang mengata tu lelaki”

Pelitup muka rekaan Aina Firzana Ishak mendapat perhatian sehingga ada menyamakannya dengan bra. - Foto Twitter @LunaXSerenity

SEMENJAK kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi membendung penularan virus Covid-19 ketika berada di tempat awam ia juga membuka ruang rezeki buat usahawan dalam menampilkan pelbagai rekaan agar penggunaan face mask tidak nampak membosankan.

Ini termasuklah ada yang tampil dengan pelitup muka jenis kain pelbagai corak termasuk menggunakan kain lace bagi memberi impak feminim seperti mana dilakukan oleh seorang usahawan, Aina Firzana Ishak.

ARTIKEL BERKAITAN: Stail! Inspirasi topeng muka... pereka fesyen dunia berlumba-lumba hasilkan karya unik

Aina, 23, ketika dihubungi memberitahu idea itu timbul selepas merasakan penggunaan pelitup muka konvensional nampak membosankan ditambah pula ia perlu dibuang selepas dipakai.



Aina tampil dengan rekaan pelitup muka Layla Masque sebagai ingin tampilkan kelainan dan pilihan kepada pembeli.

"Kebanyakkan daripada kita akan pakai pelitup muka yang sama dengan warna biru atau putih pada bahagian depannya.

"Saya sendiri adakalanya rasa bosan apabila pakai pelitup muka itu dan timbullah idea untuk menampilkan face mask yang lebih feminim serta nampak bergaya.

"Daripada situ wujudlah pelitup muka yang saya beri nama Layla Masque," katanya yang juga pemilik jenama LunaXSerenity.

Aina memberitahu setakat ini dia mengeluarkan lima warna menggunakan fabrik lace namun katanya dia juga tidak mengabaikan faktor keselamatan.

Katanya lagi, di sebalik menumpukan rekaan dan pemilihan fabrik, pelitup muka itu juga dilengkapi dengan tiga lapisan filter selain boleh dibasuh dan digunakan semula.

Saya mengeluarkan pelitup muka ini pun memang khusus untuk kaum wanita dan tidak pernah menjangkakan pun akan ada golongan lelaki membelinya.

AINA FIRZANA ISHAK

USAHAWAN LUNAXSERENITY

"Itu antara elemen paling penting yang saya utamakan kerana tidak guna jika ia cantik tetapi tidak mampu melindungi diri atau orang lain daripada bahaya virus," katanya.

Disamakan dengan bra!

Berikutan rekaannya menggunakan fabrik lace, ada segelintir netizen yang menjadikan pelitup muka keluarannya itu sebagai bahan jenaka dan menyamakannya dengan baju dalam.

Tidak terkesan dengan pandangan dan komen tersebut, Aina sebaliknya memberitahu hasil pemerhatiannya di laman sosial komen itu dibuat oleh golongan lelaki.

"Saya mengeluarkan pelitup muka ini pun memang khusus untuk kaum wanita dan tidak pernah menjangkakan pun akan ada golongan lelaki membelinya.

"Alhamdulillah setakat ini semua pelanggan saya dalam kalangan wanita cukup menyukainya malah ada memberitahu ia cukup sesuai dipadankan dengan persalinan pengantin.



Antara koleksi layla Masque.

"Yang mengata itu pun saya tengok kebanyakannya lelaki jadi saya tak ambil pusing sangat," ujarnya yang juga penuntut ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Meskipun mendapat kecaman, Aina memberitahu keluaran pertama Layla Masque sebanyak 200 helai pertama telah pun habis terjual hanya dalam masa beberapa hari.

Malah dia mendapat banyak tempahan yang ada di antaranya ingin membeli untuk dipakai pada majlis perkahwinan.

"Insya Allah akan ada stok baharu selain saya merancang untuk hasilkan pelitup muka versi lelaki terutamanya bagi kegunaan perkahwinan agar mempelai dapat tampil dengan face mask sedondon," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain