BINTIK hitam pada wajah bukan sahaja mengganggu tetapi 'mencacatkan' penampilan seseorang. Dalam istilah perubatan ia juga disebut sebagai hiperpigmentasi. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bekas jerawat, terkena sinaran matahari, perubahan hormon dan faktor penuaan.ARTIKEL BERKAITAN: Kerap cuci tangan itu baik tapi boleh sebabkan kulit jadi kasar... Ini 3 cara melembutkannya! Terdapat pelbagai krim dan serum yang boleh digunakan untuk mengurangkan bintik hitam ini namun kebiasaannya ia turut datang dengan kesan sampingan jangka panjang. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan kaedah semula jadi untuk menghilangkan bintik hitam pada wajah termasuklah; 1. Buah betik Buah betik biasanya menjadi agen eksfoliator semulajadi untuk kulit wajah. "Betik memiliki zat asid buah yang terkenal dengan alfa-hidroksi sebagai agen eksfoliator," kata ahli dermatologi, Dendy Engleman. Alfa-hidroksi (AHA) bekerja untuk memperbaiki kulit dengan menghilangkan lapisan atas dan mematikan sel kulit yang rosak. Ia sangat efektif dalam memecahkan sel kulit dan meningkatkan produksi kolagen. Betik khususnya akan membantu mencerahkan dan membuatkan kulit nampak lebih muda. Untuk mengatasi masalah bintik hitam, tumbuk betik dalam mangkuk sehingga lumat dan sapu sebagai masker. 2. Kunyit Kunyit banyak digunakan kerana khasiatnya yang bermacam termasuk mengurangkan masalah peradangan, mengatasi gangguan penghadaman sehinggalah merawat kulit wajah. Kunyit terbukti menghambat penghasilan melanin kulit yang berperanan dalam menghasilkan bintik hitam akibat hiperpigmentasi. Caranya mudah, tumbuk kunyit dan campurkan dengan madu sehingga sebati. Sapu pada kulit yang bermasalah. 3. Minyak badam Bahan semula jadi yang biasa digunakan untuk mengatasi perubahan warna pada kulit adalah minyak badam. "Kehadiran vitamin E dan niacin (pada minyak badam) membantu mengatasi hiperpigmentasi dan meningkatkan warna kulit," katanya. Ini kerana minyak badam tidak membuat pori-pori tersumbat dan cukup sesuai digunakan bagi melindungi kulit. 4. Yogurt Yogurt berfungsi untuk memudarkan bintik hitam pada kulit menerusi proses pengelupasan. Seperti betik, yogurt juga mampu memecahkan sel kulit mati disebabkan kandungan asid laktat yang dimilikinya. "Asid laktat juga mampu memperbaiki perubahan warna dan bintik-bintik akibat penuaan," ujar Dendy. Hanya sapukan pada kulit atau boleh dicampur dengan bahan tambahan lain yang memiliki khasiat untuk kulit seperti madu. Menambah oat juga boleh membuatkan proses pengelupasan lebih mudah dan melembapkan kulit yang kering. 5. Vitamin C Vitamin C merupakan salah satu bahan semula jadi paling efektif untuk mengurangkan bintik hitam pada wajah selain berpotensi mencegah pembentukan bintik hitam baharu. Tidak hanya suplemen, vitamin C cukup mudah diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!