suria

Biar betul... hanya ambil bau 4 makanan ini dah boleh kurus!

Menghidu bau buah-buahan dapat membantu seseorang menurunkan berat badan.

BANYAK petua dikongsi untuk menurunkan berat badan sama ada dengan mengamalkan diet, bersenam dan sebagainya.

Tetapi jarang pula kita dengar, dengan hanya menghidu bau juga mampu menurunkan berat badan... biar betul?

ARTIKEL BERKAITAN: Nak turunkan berat badan tanpa bersenam? Ini 5 cara merealisasikannya

Ternyata, beberapa kajian mendapati bahawa menghidu makanan sangatlah memainkan peranan penting dalam mengawal nafsu makan.

Ini disebabkan bau atau aroma mempunyai kemampuan untuk 'menipu' otak sehingga anda akan berasa kenyang dan makan lebih sedikit daripada biasa.

Dengan menghidu bau, otak akan menghantar signal bahawa menghidu makanan sama dengan anda telah memakannya dan daripada situlah pemakanan dapat dikawal sebaiknya.

Antara empat bau atau aroma yang mampu membantu menurunkan berat badan adalah;

1. Epal hijau dan pisang

Buah ini bukan hanya elok dimakan untuk diet malah dengan menghidu baunya juga ternyata mampu membantu anda menurunkan berat badan.

Lebih berkesan, anda disarankan untuk menghidu bau buah ini tatkala sedang lapar kerana ia dapat mengurangkan rasa lapar.

Mungkin ramai mempertikaikan ia seperti tidak masuk akal, tetapi ia berjaya dibuktikan oleh Smell and Taste Treatment Research Foundation yang melibatkan beberapa responden.

2. Minyak zaitun

Minyak zaitun juga antara bau yang dapat menimbulkan rasa kenyang dengan meningkatkan hormon serotonin.

Ternyata, manfaat daripada bau ini juga dapat membantu otak untuk mengawal pengambilan makanan yang berlebihan.

3. Limau bali

Buah yang kaya dengan vitamin C ini tidak asing lagi menjadi kegemaran orang ramai dalam membantu menurunkan berat badan.

Bukan hanya dengan memakan limau bali boleh membakar lemak malah baunya sahaja mampu memberi kesegaran dan menurunkan nafsu makan.

4. Bawang putih

Terakhir sekali, bau bawang putih yang sangat menyegat ini dapat membuat anda kurang selera makan.

Untuk mendapatkan manfaatnya, anda disarankan menghidu baunya saat perut kosong bagi meningkatkan tenaga pada waktu pagi.

Bukan susah untuk mencuba tips ini. Siapa tahu ia menjadi!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain