suria

Wajah kusam dan tak bermaya? Cuba 5 langkah penjagaan kulit ini

Tidak sukar untuk mendapat kulit wajah sihat kerana paling penting kita perlu tahu cara penjagaan yang betul.

SIAPA yang tidak mahu kulit yang berseri dan sihat, bukan? Namun beberapa tabiat serta faktor seperti kurang tidur, tekanan dan pemakanan tidak seimbang dapat memberi kesan tidak baik pada kulit wajah sehingga menampakkan ia kusam dan tidak bermaya.

Sebenarnya tidak sukar untuk mendapat kulit wajah sihat kerana paling penting kita perlu tahu cara penjagaan yang betul, selain menjadikan ia amalan setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Periksa dulu sebelum cantikkan diri, alat solek pun ada tarikh luput tau!

Jangan bimbang, ada beberapa tip yang boleh diamalkan bagi mendapatkan kulit wajah lebih segar dan bersinar.

1. Cuci muka secara teratur

Mencuci muka dengan teratur adalah perkara paling penting bagi mendapatkan kulit yang segar dan bercahaya selain mengurangkan minyak, debu tersembunyi di sebalik pori-pori wajah anda.

Ketika mencuci muka, sebaiknya-baiknya cuba lakukan urutan lembut agar semua kekotoran dapat dikeluarkan selain menggunakan produk sesuai pada waktu pagi dan malam.



Pemilihan produk pencuci muka juga sangat memainkan peranan penting dalam penjagaan wajah.

2. Pilih produk mencerahkan kulit

Selain mencuci muka dengan produk pembersih wajah yang tepat, pilih juga produk penjagaan kulit yang turut mempunyai kesan pencerahan wajah serta mengandungi vitamin C.

Ini kerana antioksidan yang terdapat dalam produk tersebut dalam mengurangkan enzim dalam penghasilan pigmen pada wajah dan bukan semata-mata untuk kelihatan putih.

Antara produk yang boleh membantu anda memperoleh wajah yang tampak lebih cerah mencuci sudah tentunya, SK-II GenOptics Aura Essence yang mengandungi antioksidan dalam membantu mencerahkan kulit.

Dikemas dengan bahan pencerah, pati ringan ini menyerap dengan cepat untuk memperbaiki masalah kusam serta mengurangkan bintik-bintik disebabkan kerosakan akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Tidak cukup dengan itu, D-Melano P3C dapat mengurangkan kehadiran pigmen dan bintik hitam pada wajah untuk kulit lebih cerah dan berseri.



SK-II GenOptics Aura Essence mempunyai pelbagai kelebihan dalam menjadikan wajah lebih bersih dan berseri.

Tidak hanya itu, GenOptics Aura Essence turut memberi kelebihan pada kulit wajah melalui:

• Berseri: Ekstrak plum diformulasikan untuk membantu mencegah penampilan kusam dan mencerahkan warna kulit.

• Bercahaya: D-Melano P3C diformulasikan untuk membantu mengurangkan penampilan kusam dan bintik-bintik gelap untuk kulit yang bersinar.

• Halus: Kandungan PITERATM pekat SK-II menganjalkan kulit fungsi secara semula jadi.

GenOptics Aura Essence dijual pada harga, RM589 (30ml), RM838 (50ml), RM1,179 (75ml).



Tanpa kelembapan pada wajah boleh menyebabkan kulit nampak kusam.

3. Jaga kelembapan kulit

Menjaga kelembapan kulit sangat penting dan caranya juga cukup mudah dengan menggunakan pelembap dua kali sehari iaitu pagi dan malam.

Ini kerana tanpa kelembapan pada wajah boleh menyebabkan kulit nampak kusam selain mempercepatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.

Pelembap juga banyak pilihan - sama ada dalam bentuk gel, serum dan sebagainya namun pelembap dalam bentuk krim lebih berkesan.

4. Banyak mengambil makanan kaya antioksidan

Setiap makanan yang diambil akan memberi kesan kepada tubuh serta kesihatan kulit anda. Selain penggunaan produk apa kata kerap mengambil makanan kaya antioksidan seperti buah beri, anggur dan kekacang kerana ia sarat dengan polifenol dan ellagic yang mampu memberi kesan positif pada wajah.



Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah kulit.

5. Jangan takut berjumpa doktor kulit

Jika anda mengalami masalah hiperpigmentasi kulit seperti bintik-bintik hitam akibat sinaran matahari atau permasalahan lain yang mencacatkan wajah anda sebaiknya berjumpa dengan doktor kulit.

Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat mengetahui masalah yang dihadapi malah boleh meminta pandangan tentang produk yang sesuai dengan kulit anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain