suria

Bergaduh dengan bakal suami hanya kerana warna busana nikah... Jangan pening, ini 5 rona terhangat 2021!

Warna busana turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan majlis impian. Foto: Getty Images/iStockphoto

BAGI pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, sudah tentu banyak perkara yang bermain di minda mereka.

Selain memikirkan soal kewangan dalam merealisasikan majlis impian, sekecil-kecil isu seperti pemilihan warna busana juga boleh memberi tekanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidden hantaran? Kos berbaloi hasilnya cukup wow!... 8 tips ‘licik tapi bijak’ di hari bahagia

ARTIEKL BERKAITAN: Gambar kahwin tak lawa! Ini 5 kesalahan yang sering dilakukan pengantin.... Jangan risau, abang photographer sedia kongsi tips

Jangan risau, jangan pening, jangan pula bergaduh dengan bakal suami. Ayuh kita lihat lima warna yang menjadi trend utama untuk upacara perkahwinan bagi tahun 2021.

1) Putih

Klasik! Mungkin itulah perkatan yang sesuai untuk menggambarkan warna ini yang mana ia cukup sinonim bagi upacara perkahwinan.

Bagai menjadi kelaziman dari dulu hingga kini, putih merupakan 'warna selamat' yang menjadi pilihan pasangan pengantin, khususnya untuk upacara seperti akad nikah.

Warna putih terus relevan dan dikatakan bakal menjadi pilihan utama pengantin pada tahun ini sebagaimana yang disenaraikan menerusi laman web Weddingshoppeinc.com.

2) Hitam

Setiap individu punyai interpretasi berbeza dalam pemilihan warna busana pernikahan mereka.

Beranikah anda memakai rona hitam di majlis perkahwinan?

Bagi pengantin yang berani dan cuba lari daripada kebiasaan, warna hitam mungkin patut menjadi pilihan mereka.

Disifatkan sebagai warna neutral, busana hitam boleh digayakan dengan aksesori dalam tona metalik seperti emas mahupun silver.

3) Burgundy

Ia merupakan campuran warna coklat dan merah. Dalam psikologi, merah mewakili ketabahan manakala coklat memberikan ciri falsafah pemiliknya.

Warna ini disifatkan cukup menggoda dan sesuai digayakan semua individu tanpa mengira tona kulit mereka.

Menurut Canva, warna ini juga lebih sofistikated dan serius berbanding warna merah biasa.

Bagi yang mencari kelainan, boleh cuba warna burgundy untuk busana persandingan anda.

Malah, ia turut membawa simbolik cita-cita, harta dan kuasa.

Ia sesuai dipandankan dengan warna kelabu (kelabu arang atau kelabu muda).

4) Champagne

Warna champagne bukan sahaja unik, malah ia juga sering menjadi trend ikutan ramai khususnya di luar negara.

Jika mahu digambarkan dengan kata-kata, ia seperti kuning lembut dan pastel yang romantik.

Warna champagne yang lembut ini juga sesuai digayakan di hari perkahwinan. Foto: WeddingShoppeInc.Com.

Jika mahu digayakan, ia sesuai dipadankan dengan tona pastel lain seperti pink dan ungu.

Ataupun untuk lebih selamat, padankan dengan warna krim, perang mahupun hijau.

5) Emerald

Wow! Warna hijau zamrud turut terpilih dalam lima warna trend untuk pernikahan tahun ini.

Cuba bayangkan, busana songket anda dalam padanan warna hijau zamrud dengan perincian berona emas.

Pilih warna yang bersesuaian agar anda kelihatan yakin pada hari bahagia. Foto: Hafiz Sharuddin.

Ia pastinya membangkitkan warna yang garang dan menawan pada masa yang sama.

Untuk padanan yang sedikit berbeza dan berani, boleh gayakan warna ini dengan tona burgundy yang menduduki tangga ketiga senarai ini.

Warna apa yang jadi pilihan anda, biarlah ia pilihan bersama antara bakal suami dan isteri.

Yang penting, pastikan anda kelihatan bergaya dan yakin di hari bahagia!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain