SETIAP kali bersenam botol air pasti akan menjadi peneman setia bagi menghilangkan dahaga selepas penat bersenam. Ini kerana minum air adalah cara terbaik menggantikan kembali cecair di dalam tubuh yang keluar sebagai peluh.ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah orang Jepun, Korea kulit cantik! Ketahui 5 manfaat guna produk berasaskan esktrak bunga sakura Bagaimanapun, pakar dari American College Sports Medicine menyarankan agar minum air sejuk. Apa kebaikannya? 1. Menjaga prestasi ketika bersenam Tubuh kita akan mengalami peningkatan suhu ketika bersenam yang membuatkan cecair daripada tubuh keluar sebagai peluh. Peningkatan suhu ini biasanya turut memberi kesan kepada ketahanan dan kekuatan seseorang ketika bersenam. Minum air sejuk dapat membantu menjaga suhu badan agar ia tidak melonjak secara mendadak. Kesannya, ia turut menjaga prestasi agar tidak mudah berasa penat. 2. Meningkatkan selera Bagi kebanyakan orang minum air sejuk ketika bersenam rasanya lebih enak berbanding air dengan suhu bilik. Ia sekaligus membuatkan seseorang minum lebih banyak air.Kesannya, dehidrasi boleh dicegah dan membuatkan seseorang lebih bertenaga. 3. Membantu pembakaran kalori Sekitar lima hingga 18 kalori akan terbakar ketika kita minum segelas air sejuk. Manfaat minum air sejuk ketika bersenam dapat membantu pembakaran kalori lebih banyak meskipun angkanya tidak besar. Bagi yang melakukan senaman ringan dan tempoh kurang daripada sejam, turut disarankan minum air sejuk dengan menambah lemon di dalamnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!