DEWASA ini, semakin ramai yang mula mementingkan kecantikan kulit tidak kira perempuan atau lelaki malah pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit idaman. Tidak hanya untuk kecantikan luaran, semakin ramai yang mencari produk-produk untuk menjaga kulit dari dalam menggunakan bahan-bahan semulajadi yang selamat dan halal.ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak timbul soal riyak jika beli kelengkapan solat cantik dan mahal” - Gemar hadiahkan telekung inspirasi Prof Dr Muhaya hasilkan jenama sendiri Menyedari akan permintaan itu, pengasas jenama ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, tampil dengan produk kecantikan yang diperkaya dengan ramuan penting untuk mendapatkan kulit sempurna dan cantik. "Bagi saya dulu mungkin ramai tidak mementingkan kecantikan tetapi zaman sekarang ia sudah berubah. "Kini golongan lelaki pun sudah mula sedar akan kepentingan kecantikan kulit... bukan sahaja cantik tetapi ia menambah keyakinan diri sekali gus memberi kesan kepada emosi kita," katanya kepada mStar. Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi. Kata Muhammad Iddin, apa menariknya mengenai ESW, ia menggunakan ekstrak bunga sakura sebagai bahan utama yang dipercayai mengandungi pelbagai manfaat selain kajian turut membuktikan ia mampu membantu merawat, menganjal dan memperbaiki tona warna kulit. "Seperti mana kita tahu, bunga sakura cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Jepun dan ia banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan dan makanan tambahan di negara itu. "Lebih setahun saya melakukan R&D termasuk melawat ke negara seperti Jepun dan Korea bagi mendalami mengenai ekstrak sakura. Jika kita lihat kebanyakan produk dari kedua-dua negara itu banyak menggunakan sakura sebagai bahan utama. "Kajian demi kajian ini sangat penting bagi memastikan keberkesanannya dalam memperbaiki masalah kulit, memutihkan serta memudarkan parut jerawat," ujarnya. Tampil dalam bentuk sachet dan boleh dimakan begitu sahaja, Muhammad Iddin memberitahu selain ekstrak bunga sakura, ESW juga mengandungi bahan-bahan lain seperti delima, ragi torula dan vitamin E. Buah delima antara bahan digunakan dalam ESW. "Delima cukup baik dalam membantu pemutihan kulit selain ia kaya dengan antioksidan yang cukup besar manfaatnya kepada kulit. "Campuran empat bahan ini sekali gus dapat memaksimumkan keberkesanannya selain selamat memandangkan ia menggunakan bahan semula jadi," jelasnya. Mendapat bekalan ekstrak sakura terus dari Jepun, Muhammad Iddin mengakui kosnya agak tinggi namun ia setanding dengan kebaikan dan keberkesanannya. Berikut adalah lima manfaat bunga sakura untuk kecantikan kulit; 1. Melindungi kulit daripada radikal bebas Ekstrak bunga sakura mengandungi antioksidan yang mencegah pengoksidaan kulit berlebihan. Antioksidan dalam bunga sakura juga mampu membantu mencegah kewujudan noda hitam pada wajah. Ia juga dapat mencegah timbulnya garis penuaan kerana radikal bebas merupakan salah satu daripada sebab utama penuaan. 2. Menjaga kelembutan dan kekenyalan kulit Ekstrak bunga sakura juga mengandungi asid lemak yang membantu memicu penghasilan kolagen pada kulit. Ia juga dapat memperbaiki jaringan tisu sehingga kulit terasa lebih lembut dan licin. Selain ekstrak bunga sakura dan delima, ESW turut menggunakan bahan seperti ekstrak ragi torula dan vitamin E. 3. Mencerahkan wajah Manfaatnya yang satu ini adalah berdasarkan kemampuan bunga sakura mencegah pigmentasi kulit. Bunga sakura juga mencegah penghasilan melanin berlebihan pada kulit yang menyebabkan hiperpigmentasi. 4. Melembabkan kulit Menjaga kelembapan kulit sangat penting dan ekstrak bunga sakura mampu menjaga kulit tetap lembap sekali gus menghindarkan ia terhidrasi. 5. Mengecilkan pori-pori Sekiranya pori-pori di wajah besar, kotoran senang menghinggap dan menyebabkan jerawat. Penggunaan ekstrak bunga sakura dapat mengecilkan pori-pori kulit. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!