PEREKA fesyen Hatta Dolmat telah menggunakan 200 botol plastik yang dijadikan tudung dan pelitup muka. Setiap tudung dan pelitup muka yang dihasilkan menggunakan tujuh atau lapan botol plastik. ARTIKEL BERKAITAN: Unik! Nama 7 wanita Melayu klasik pilihan Nori Elyna, apa kisah di sebaliknya? Ketahui 6 fakta menarik kasut buatan tangan ini untuk tampil bergaya di Aidilfitri Industri fesyen memang menghasilkan banyak sisa tekstil, jadi Hatta memberitahu sebagai seorang pereka fesyen dia ingin memainkan peranannya untuk melakukan perubahan. "Hampir lapan juta tan plastik dibuang setiap tahun dan mengancam nyawa haiwan laut dan hidupan liar. Antara koleksi tudung yang dikeluarkan. "Pemain dalam industri tekstil dan fesyen antara penyumbang kepada pencemaran itu," katanya. Hatta memberitahu dia mula menggunakan sisa fabrik untuk koleksinya sejak lima tahun lalu dalam usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar. Inisiatifnya itu adalah untuk mengurangkan sampah plastik yang dibuang ke tapak pelupusan sampah atau laut. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Usahanya itu juga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Pereka Pertama dengan Koleksi Fesyen Lestari di Malaysia. Dalam usaha terbaharunya, Hatta bekerjasama dengan Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) untuk koleksi diberi nama MGTC X Hatta Dolmat yang dilancarkan Jumaat lalu. Setiap tudung dihasilkan menggunakan tujuh ke lapan botol plastik. Mengetengahkan amalan mengitar semula plastik dalam bentuk kreatif dan lestari, ia bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang gaya hidup hijau. Hatta memberitahu bagi koleksi itu, dia mengetengahkan konsep rekaan yang diinspirasikan oleh hidupan liar dan kehijauan hutan. "Koleksi ini mewakili kerinduan terhadap kehijauan alam semula jadi. Kerjasama ini juga menandakan permulaan kerjasama di antara agensi kerajaan dan industri fesyen dan tekstil. "Saya juga yakin pemain industri yang lain turut bersedia untuk menyumbang kepada amalan lestari ini," tambahnya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor dalam ucapannya memberitahu gaya hidup hijau sangat penting dalam mengurangkan perubahan iklim. "Mengitar semula dalam bentuk fesyen adalah salah satu cara menyelamatkan alam sekitar," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!