suria

Baru sebulan hasilkan jenama sendiri, usahawan terkejut baju laku keras... tentunya hadiah suami sempena Aidilfitri jadi pembakar semangat!

Datin Hamizah Puteh terkejut mendapat hadiah sebuah kereta jenama mewah Mercedes-Benz daripada suaminya.

USAHAWAN dalam bidang fesyen ini pernah berasa skeptikal apabila mengambil keputusan untuk tampil dengan jenama baharu iaitu FarahAlya namun siapa sangka percubaan itu membuahkan hasil yang tidak dijangka.

Mana tidaknya, baru sahaja dilancarkan awal bulan lalu, jenama yang asing pada awalnya, tiba-tiba menjadi rebutan pelanggan bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Unik! Nama 7 wanita Melayu klasik pilihan Nori Elyna, apa kisah di sebaliknya? Ketahui 6 fakta menarik kasut buatan tangan ini untuk tampil bergaya di Aidilfitri

Bagi pengasasnya, Datin Hamizan Puteh, ia mengejutkan dirinya memandangkan dirinya baharu sahaja berjinak-jinak dalam bisnes pakaian Muslimah.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FarahAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua rekaan habis terjual.

“Dulu saya agak skeptikal adakah jenama ini mampu diterima baik atau sebaliknya. Saya pula pada waktu itu memberanikan diri mengasilkan beribu helai baju terus kerana yakin rekaan ini disukai oleh generasi muda.



Hamizan menganggap hadiah diterima sebagai pembakar semangat dalam bidang perniagaan.

“Akhirnya ‘perjudian’ saya berbaloi apabila ramai yang suka dan membelinya," katanya.

Hadiah Mercedes dari suami

Menariknya, ‘kejayaan’ membawa jenama FarahAlya ini turut mendapat perhatian daripada suaminya yang baru-baru ini menghadiahkan kereta jenama mewah Mercedes kepadanya.

Hadiah itu katanya bukan sahaja penghargaan terhadap kejayaannya tetapi pembakar semangat dengan kedatangan Aidilfitri untuk dia terus bekerja keras dalam bidang fesyen pada masa hadapan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Dalam berumah tangga ni memang perlu saling sokong menyokong. Bila ada sokongan suami, ia memberikan semangat berganda buat saya untuk berjaya.

"Ditambah pula dengan rakan-rakan lain yang selalu ada, mereka juga memberikan inspirasi dan ia bakar semangat saya untuk meneruskan perniagaan ini, ” tambahnya.



Baharu sebulan dilancarkan, semua koleksi jenama FarahAlya habis terjual.

Sementara itu, Hamizan memberitahu selepas Aidilfitri, dia bersama pasukannya sudah merancang untuk menghasilkan lebih banyak rekaan terbaharu, moden dan mengikut trend terkini.

Sedar keadaan semasa disebabkan pandemik Covid-19 yang membuatkan ramai terkesan dan kuasa beli pengguna semakin rendah namun Hamizan memberitahu sokongan ditunjukkan melalui penjualan jenamanya membuatkan dia yakin untuk tampil dengan koleksi baharu.

“Sejak awal lagi saya tegaskan mahu rekaan yang moden, sesuai dengan golongan remaja dan berkualiti. Apa yang penting harga mampu milik dan tidak terlalu mahal.

"Dengan adanya formula sebegini, ia mampu menarik minat sesiapa sahaja, ” katanya yang menggunakan nama anak sulungnya sebagai jenama sendiri.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain