ADA yang menganggap pada usia 40 tahun, seseorang itu berada pada titik paling bahagia dalam hidupnya. Ia bukan sekadar anggapan tetapi telah dibuktikan oleh sebuah kajian yang dilakukan oleh OnePoll. Apabila mencecah usia tersebut ramai daripada kita yang sudah mempelajari pelbagai perkara dalam hidup termasuk secara peribadi mahupun profesional.ARTIKEL BERKAITAN: Pelik, badan kurus tapi dagu berlapis... kenapa ye? Contohnya sudah mempunyai kerjaya yang stabil serta pada usia ini ramai sudah berkeluarga. Bagaimanapun semakin usia meningkat, perubahan fizikal juga akan menunjukkan perubahan termasuk tanda-tanda penuaan. Apa perubahan pada fizikal yang berlaku apabila usia mencecah 30 tahun? 1. Kedutan dan hiperpigmentasi Mereka yang berkulit cerah lebih cenderung mengalami kedutan dan garis halus pada wajah sementara individu berkulit gelap lebih mudah mengalami hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi itu adalah pertumbuhan bintik-bintik kecil berwarna gelap dan biasanya tumbuh di sekitar bahagian mata dan tulang pipi. 2. Perubahan struktur wajah Perubahan lain yang mungkin berlaku pada wajah ketika usia memasuki 30 tahun adalah perubahan struktur wajah. Mengapa ia berlaku? Perubahan ini biasa terjadi disebabkan kehilangan lemak dipanggil subkutan pada wajah. Keadaan ini menyebabkan wajah kelihatan cengkung. Biasanya, perubahan tersebut dapat dilihat di bawah bahagian mata, pipi atau hidung. Penghasilan kolagen juga berkurangan pada tahap ini dan membuatkan kulit menjadi lebih nipis. Produk penjagaan kulit terbaik usia 30-an Langkah terbaik untuk mengatasi masalah kulit pada usia 30 tahun adalah dengan berjumpa dengan doktor kulit namun terdapat beberapa produk yang dapat digunakan bagi melindungi wajah anda. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] 1. Pelindung matahari (sunblock) Sebetulnya, tidak kira berapa pun usia seseorang, pelindung matahari sangat penting sebab paparan sinaran ultraviolet daripada matahari dapat merosakkan kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Penggunaan sunblock dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat paparan matahari sekali gus melawan hiperpigmentasi. 2. Vitamin C Vitamin C adalah antioksidan kuat yang dapat melawan spesies oksigen reaktif yang disebabkan ultraviolet. Selain perlindungan melalui sunblock, vitamin C juga akan memberikan perlindungan tambahan pada kulit sekali gus membuatkan kulit menjadi cerah. 3. Retinol Menggunakan produk retinol secara kerap penting untuk merawat kulit kita kerana ia dikatakan sebagai bahan anti-penuaan yang baik. Ia bukan sahaja mengurangkan pembentukan kedutan tetapi mencerahkan kulit. Bagaimanapun hindari penggunaan produk dengan ratinol ketika hendak keluar rumah kerana pancaran matahari secara langsung boleh menyebabkan kulit menjadi gatal. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!