suria

Wah! Kajian dapati masalah rambut beruban boleh dipulihkan dengan hanya satu tindakan

Rambut beruban boleh menjadi satu masalah serta mengurangkan keyakinan diri.

MASALAH rambut beruban boleh membuatkan seseorang hilang keyakinan diri apatah lagi usia masih muda dan cara paling mudah adalah mewarnakan rambut bagi menutupinya.

Bagaimanapun menurut kajian terbaharu, ada cara semula jadi untuk mengembalikan rambut beruban kepada warna asal tanpa perlu mewarnakan rambut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit cantik tanpa makeup...ketahui cara tingkatkan kolagen dalam tubuh

Kajian oleh Universiti Columbia yang diterbitkan menerusi eLife itu mendapati masalah rambut beruban disebabkan tekanan dapat dipulihkan dengan mengawal stres.

Kajian yang diterbitkan di eLife itu mendapati rambut beruban yang disebabkan oleh tekanan dapat dipulihkan jika tekanan itu dihilangkan.

Salah seorang penyelidiknya, Dr Martin Picard menjelaskan memahami mekanisme yang memungkinkan uban kembali kepada warna asal dapat memberi petunjuk kepada masalah itu dan bagaimana ia dipengaruhi oleh stres.

"Semua bukti untuk kajian ini mendapati penuaan manusia bukanlah proses biologi yang linier dan tetap tetapi sebahagiannya boleh dihentikan atau diterbalikkan untuk satu tempoh tertentu," katanya.



Tekanan antara punca rambut beruban.

Kajian itu melibatkan 14 koresponden di mana setiap daripada mereka diminta menulis catatan harian tentang tekanan dihadapi dan ia akan dinilai setiap minggu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dengan cara itu, setiap daripada mereka dapat menguruskan tekanan dengan lebih baik dan hasilnya penyelidik mendapati uban yang terdapat pada rambut mereka kembali kepada warna asal.

Bagaimanapun kata Dr Martin, tiada jaminan bahawa mengurangkan stes akan mengembalikan warna rambut terutamanya bagi yang sudah mengalami masalah rambut beruban untuk satu tempoh tertentu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain