suria

Tahukah anda wajah nampak menarik dalam cermin berbanding gambar... mungkin itu sebabnya lelaki lebih gemar melihat cermin bukan wanita 

Lelaki lebih gemar melihat wajah sendiri di dalam cermin.

MELIHAT cermin adalah rutin harian kebanyakan daripada kita terutamanya ketika mencuci muka, memakai alat solek mahu pun sekadar membelek wajah.

Sebuah kajian yang dilakukan di Yorkshire, England mendapati rata-rata lelaki lebih gemar melihat cermin sehingga 23 kali sehari manakala wanita 16 kali sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Kajian dapati masalah rambut beruban boleh dipulihkan dengan hanya satu tindakan

Kajian itu dilakukan terhadap 1,000 koresponden dan ia gambaran bahawa manusia gemar melihat diri mereka sendiri di dalam cermin.

Namun pernahkah anda terfikir bahawa diri kita nampak lebih menarik di dalam cermin berbanding foto? Apa penyebabnya?

4k video footage of a young woman feeling upset while looking at her face in the bathroom mirror at home

1. Cermin menampilkan diri kita secara terbalik

Diri kita yang dilihat di dalam cermin bukanlah kenyataan tetapi pantulan. Ia adalah versi terbalik berbanding bagaimana diri kita yang sebenarnya.

Seorang pakar psikologi, Pamela Rutledge menjelaskan apabila seseorang itu melihat dirinya dalam cermin ia membuatkan seseorang lebih terbiasa dengan apa mereka lihat.

Sebab itu kita terbiasa melihat versi terbalik diri sendiri dan membandingkan dengan rupa sendiri dalam gambar.

2. Pencahayaan

Menurut Psychology Today, otak manusia tidak memberikan perhatian kepada perbezaan cahaya ketika melihat cermin kerana tumpuan adalah kepada pantulan imej yang dilihat dalam cermin.

Shot of a mature man looking at his reflection the bathroom mirror

3. Wajah kita tidak simetrik

Tidak ada manusia yang memiliki wajah yang sangat simetrik dan pasti terdapat sedikit 'cela' yang menjadikan wajah kita unik berbanding orang lain.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Apabila melihat wajah di cermin, biasanya manusia mengabaikan kekurangan itu dan memfokus kepada bahagian terbaik wajah. Apabila melihat foto, kita akan rasa itu adalah orang lain meskipun hakikatnya itulah wajah kita yang sebenar.

selfie

4. Tekanan

Kita merasakan wajah lebih cantik atau tampan ketika menatapnya di dalam cermin disebabkan kita berasa lebih tenang dan tidak dinilai oleh orang lain.

Berbeza dengan foto, kita biasanya akan lebih tertekan dan akan memberi riak wajah berbeza kerana menyedari ada yang memandang dan perlu memberikan yang terbaik.

Sejujurnya kita perlu lebih bertenang ketika mengambil gambar dan percayalah ia akan memberi hasil yang lebih baik.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain