suria

Bukan sahaja gosok gigi, ada sebab penting amalkan cuci muka selepas bangun tidur!

Jadikan mencuci wajah pada waktu pagi sebagai rutin.

SITUASI pandemik ketika ini ramai yang masih bekerja dari rumah dan sering mengabaikan tentang penampilan diri kerana merasakan tidak perlu berbuat demikian.

Sebenarnya setiap pagi, kita bukan sahaja perlu mandi tetapi menjadikan menggosok gigi dan mencuci wajah sebagai rutin.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbezaan sabun mandi bentuk buku, cecair dan gel... mana satu lebih baik?

Pakar kulit, Dr Anesia Tania memberitahu penting bagi seseorang untuk mencuci wajah pada waktu pagi kerana keadaan kulit pada waktu itu lebih cenderung berminyak kerana peluh dan minyak tetap dihasilkan ketika tidur.

Selain itu kata Dr Anesia, sel-sel kulit mati dan debu yang terkumpul pada sarung bantal akan melekat pada wajah ketika tidur.

"Hasil penumpukan sel-sel kulit mati, minyak, debu dan bakteria dapat membuatkan pori-pori tersumbat dan semua itu boleh mengakibatkan munculnya jerawat," katanya.

591dcc644574a031008b45b1

Mencuci wajah pada waktu pagi boleh membersihkan kotoran dan kuman yang melekat ketika tidur.

Dr Anesia turut memberitahu membersihkan wajah pada waktu pagi dapat menghilangkan sel kulit mati dan bakteria sekaligus membuatkan kulit wajah segar dan lembut.

Keadaan kulit yang bersih dan lembap selepas dicuci dapat membantu kulit menjadi lebih efektif terhadap produk pencuci wajah dan menyerap lebih baik.

Sementara itu, Dr Anesia menyarankan bagi yang mempunyai kulit sensitif, sebaik-baiknya gunakan produk pencuci wajah dengan formula lembut selain bilas dengan air suam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagi yang mengalami masalah jerawat, mereka disarankan untuk memilih pembersih muka yang mengandungi asid hidroksi untuk menghilangkan minyak pada wajah.

Manakala mereka dengan kulit kombinasi boleh menggunakan produk mengandungi formula lembut untuk menghilangkan kotoran, membersihkan pori-pori agar kulit lebih segar, bersih dan terhidrasi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain